Biarku pergi jauh
  • Reads 1,767,403
  • Votes 35,307
  • Parts 66
  • Reads 1,767,403
  • Votes 35,307
  • Parts 66
Complete, First published Aug 18, 2015
Kahwin kerana dijodohkan, bukan kerana kerelaan hati. Aku cuba menerima dirinya sebagai suami tetapi belum cukup setahun perkahwinan kami dia sudah menunjukkan belang. Aku ingatkan dia sudah berubah tetapi hampa. Sudah banyak kali dia meminta peluang. Aku masih boleh bersabar dengan sikapnya sehingga aku difitnah. Yang lebih menghancurkan hatiku adalah apabila dia sendiri yang tidak mempercayaiku. Aku membuat keputusan untuk melarikan diri darinya. Aku lebih rela pergi jauh daripada tiada siapa yang percayakan diriku.

Siapakah yang memfitnahku? Sehingga bilakah aku melarikan diri? Dan bagaimanakah hubunganku dengan suamiku? Jatuh perceraiankah?

Credit to @tuliphire untuk cover buku ni😍






Greenfolks ✌
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Biarku pergi jauh to your library and receive updates
or
#44novel
Content Guidelines
You may also like
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔 by rissyaleeya
64 parts Complete
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khabar selama hampir 2 tahun. Balik sahaja terus membuat permintaan agar dia menikah dengan lelaki pilihan keluarganya. Kyra bingung. Mulanya setelah berkahwin, Kyra mula perlahan lahan membuka hati menerima Nazrief Adam sebagai suaminya dek kerana sifat lelaki itu yang berjaya menambat hatinya tetapi kehadiran Alia dan Amani menghancurkan segalanya. - "Selamat pengantin baru Kyra. Aku harap Harif tak melalui nasib yang sama seperti aku. Tapi satu je, yang aku bersyukur sangat sekarang ni sebab aku tak ada zuriat dengan kau. Memang wajarlah tuhan tak berikan aku anak dengan kau sebab kau memang tak layak nak mengandungkan zuriat aku. Malang sungguh Harif kalau zuriatnya lahir dari rahim perempuan macam kau. Syukurlah Alia yang akan jadi ibu pada anak anak aku nanti." - Nazrief Adam - "Kyra please. Abang mohon sangat. Kalau Kyra tak kesiankan abang tolong kesiankan anak kita. Please sayang, demi anak kita. Jangan jadikan dia mangsa." - Nazrief Adam "Anak kita? Saya layak ke mengandungkan anak awak? Bukan ke dulu awak cakap awak bersyukur sebab tak ada zuriat dengan saya? Dah lupa semua tu? Ini anak saya. Saya akan jaga dia. Saya sendiri akan pastikan dia bahagia. Jadi tolong jangan ganggu hidup kami lagi." - Kyra Airyna - "Nur Kyra Airyna adalah wanita yang paling istimewa di hati abang. Tak ada siapa siapa boleh gantikan tempatnya. I love you Kyra Airyna." - Nazrief Adam - Start: 4 August 2018 End: 14 January 2020
HANYA SEMENTARA ✔ by __Ibyyy__
75 parts Complete
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip mata sahaja, dia telah dikahwinkan dengan Tengku Mikael atas alasan 'terhutang budi'. Siapa cakap perkahwinan aturan keluarga ni bahagia? Kekal hingga mati? Tak! Semua tu hanya hayalan semata-mata. " Kau memang hodoh ke sejak kecil? Baju macam karung guni, beg besar gedabak macam nak lari rumah. Ceh, kau memang bukan test aku." __TENGKU MIKAEL. " Saya akan cuba untuk jadi isteri yang sempurna untuk awak. Tapi tolong terima saya seadaanya." __ SARAH IRDINA Cukup hanya setahun bahagia yang mereka kecapi sebelum badai berganti. Nafsu seorang suami tewas bila digoda dengan orang ketiga. Egonya tinggi melangit sehingga sanggup membuang isterinya yang telah banyak berkorban untuknya. " Dengan bersaksikan semua kawan aku, kau Sarah Irdina aku ceraikan dengan talak satu!" __ TENGKU MIKAEL. Sakit? Kecewa? Sudah tentu. Suami yang telah dia agungkan untuk menjadi pendamping hidup sehingga tua telah menjatuhkan talak ke atas dirinya. Hina ke seorang gadis sepertinya mencintai lelaki yang berpangkat Tengku? Dengan hati yang lara, Sarah telah membawa diri ke luar negara. Cukup susah untuk melupakan segala kenangan manis yang telah tercipta. Saat dia jatuh, ada tangan yang mengangkatnya kembali menjadi seorang yang lebih agung. Kini, wajah Sarah telah terpapar di akhbar dan majalah dengan pencapaiannya sebagai model yang terkemuka. Bahagia sungguh Sarah dengan hidup barunya. Namun, kebahagiaan hanya sementara bila Tengku Mikael muncul semula dalam hidup Sarah untuk menagih simpati setelah satu kebenaran telah terungkap untuk menginsafkannya. " Abang mohon untuk sayang maafkan atas kesilapan abang dulu dan untuk kebaikkan anak kita." __ TENGKU MIKAEL. " Maaf? Senang je kau minta maafkan? Ingat semudah tu je aku boleh lupakan semuanya?Bila kau dah buang aku, kau dah buang sekali anak ni." __ SARAH IRDINA.
You may also like
Slide 1 of 10
H A R I S   Z U F R A N  (RAW) cover
Amor Mio (OG) cover
Menunggu Kamu ✔ cover
Soulmate? //COMPLETED//   cover
mrs. isteri | ✓ cover
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [OG] cover
©𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐌𝐔 cover
Cinta Berakhir Bahagia cover
HANYA SEMENTARA ✔ cover
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister cover

H A R I S Z U F R A N (RAW)

55 parts Complete

Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permintaan papa dan mamanya tapi akhirnya dia terpaksa akur untuk menjadi seorang isteri kepada Harris Zufran Harris Zufran seorang pemilik kandang kambing dan satu lagi pekerjaannya dirahsiakan, peribadinya yang baik sentiasa membuatkan orang kampung berasa senang berkahwin dengan seorang wanita kaya yang tidak mencintai dirinya hanya kerana dia berasal dari kampung membuatkan dirinya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah seorang isteri kisah selanjutnya di Mrs Zufran -he is precious- ☡COPYRIGHT IS NOT ALLOWED☡