Aku melihat kepingan kepingan memori itu di lantai. Oh. Itu kepingan yang dulu engkau selalu injak dan matikan rasanya dari setiap helai. Itu memori yang waktu aku sedang meruntuhkan ego demi untuk mendapat kan engkau kembali. Di hujung itu pula adalah di mana engkau dan aku saling menggenggam tangan, dan mata kita bertemu dua. Waktu itu kita sedang saling berjanji mesra dan setia. Waktu itu kita sedang memerai janji. Kamu lihat, kepingan memori yang di bawah itu. Itu adalah sewaktu engkau menghambur nista. Dan menafikan setiap janji yang pernah kita cipta. Dan aku menjadi manusia yang terpaling hina kerana bersujud dan terus terusan merajuk kepadamu yang jelas ; sudah tidak peduli hatta sedikit pun tentang aku . Dan ini adalah aku yang sedang berdiri. Perempuan ini adalah perempuan dulu yang engkau tolak. Perempuan ini adalah perempuan permulaan. Oh, tidak Sama sekali sayang. Memori ini aku akan biarkan saja disini. Di bilik hati ini. Cuma nya setiap darinya perluAll Rights Reserved
1 part