Novel Ke-2 Umie Nadzimah
Usai... Aku Terima NikahNya
Karyaseni
Sinopsis
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar Hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikonkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumahtangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak dan menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama, muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif , yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'Puterinya' tersenyum dan bahagia semula. Dia tidak putus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya , apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih.
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun , yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah...
Abang Is ;" Kau bukan yang prtama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif: " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku..."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai...Aku Terima Nikahnya...
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]