Karya ke-5 Umie Nadzimah Karyaseni Sinopsis NURIN ASYIFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkannya. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikan dia? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata Alan Wong. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan jaga dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan . Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. Zanif...Bos strawberri, lelaki bajet sempurna serba serbi. Memang la Nurin jatuh cinta sangat padanya. Namun bagaimana pula dia? “Err...Encik tahu rumah saya?” -Nurin “Ha...Itu tandanya apa?”- Zanif Ikhlaskah Si Strawberri ini menerima Nurin Asyifa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walau dicuba untuk jadi kuat dan tabah ...ada masa Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki. Tiba-tiba muncul Si Qayyum , pemuda yang tidak dikenali, yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan...Ikhlas, dengan niat untuk jaga dan lindungi Si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir. “Kena baca 30 juzuk al-Quran sebagai Mas kahwin...” Syarat Nurin . “Apa-apa saja saya sanggup”- Qayyum. Milik siapakah ‘Cinta Teakhir’ Nurin Asyifa? Si Alan yang terlalu menyayanginya? Atau Zanif yang akhirnya mengakui cintakana dia? Ataupun pada Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja? Temui jawapannya dalam JUJURLAH NIKAHI AKU...