Voodoo
  • Reads 201
  • Votes 13
  • Parts 1
  • Reads 201
  • Votes 13
  • Parts 1
Ongoing, First published Aug 25, 2015
Korang pernah ada patung yang boleh cabut-cabut tu? Tak, bukan patung Barbie. Patung yang lebih kurang macam orang-orang tapi dibuat dari plastik. Aku ada satu, aku jumpa semalam. Hari ni aku ambil patung tu dan cabut satu jari dan tiba-tiba pandangan aku gelap. Bila aku bangun aku cabut lagi dua jari, perkara sama terjadi, dan bila aku bangun aku cabut pula dua belah telinga yang ada dan pandangan aku gelap lagi. keesokannya ibu aku kunci aku dalam bilik stor, tapi dia tak tahu aku bawak sekali patung ni. Entah kenapa, aku rasa nak cabut pula kaki kiri, aku cabut dan pandangan aku kabur lagi. 2 minggu lepas tu, ibu aku ikat aku, benci sangat agaknya dia dengan patung ni. Tapi aku dapat lepaskan ikatan, kali ni aku nak cabut kepala patung ni, lepas je aku cabut ibu menjerit macam orang histeria. Nak tahu kenapa? Sebab aku baru sedar yang aku baru saja hilang semua jari kiri, kaki kiri dan aku baru saja kelar leher aku sendiri. Semua yang hilang aku yang potong sendiri dan sekarang patung tu hilang entah ke mana.
“Semoga tenang,” aku dengar suara, mungkin suara patung tu dan aku hilang di telan ajal.
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Voodoo to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
C| MANUSKRIP by Meriossah_
52 parts Complete
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan bertemu dengannya. Izz Alanna yang mahu mendapatkan cebisan informasi berkenaan novel yang dikarangnya dan Niyaz Khalif yang terpaksa mengikuti abang-abangnya menjalankan pengembaraan paranormal bertemu dan tanpa sengaja salah seorang dari mereka telah membuka satu tabir ghaib dan membebaskan satu susuk yang telah lama bersemanyam di Teratak Kejora. Dan malam jumaat itu telah mengubah segalanya. Membuka lembaran baru dalam kisah hidup mereka hingga satu perjanjian telah temerterai. "Aku perlukan maklumat tentang novel aku dan ianya ada kaitan dengan Teratak Kejora. Aku perlukan kau. Hanya kau yang boleh tolong aku." - Alanna. "Aku tak boleh nampak hantu, Alanna. Macam mana aku nak tolong kau?" - Niyaz "Jadi media untuk aku. Aku dah tengok semua video Mistik Nusantara dan posisi kau dalam kumpulan tu sebagai media. Kau perantara antara makhluk halus dan manusia." - Alanna "Tolong Alanna siapkan manuskrip Teratak Kejora secepat mungkin. Jangan terlalu lama, jangan sampai dia suka dan tak mahu lepaskan hang." - Naail "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." [Spin-off Daiyan Humaira] Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
PERENTAS WAKTU C by khair_ya
50 parts Complete
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun Khairy lebih menolak untuk melihat. Siapa sangka dia, hijab pendengarannya terbuka? Ketika mereka mengikuti ekspedisi perkhemahan anjuran sekolah, mereka diganggu oleh sesuatu di hutan. Sumpahan dikenakan pada mereka setelah sekian lama dendami oleh seseorang sekaligus membawa mereka ke zaman silam. Zaman Melaka. ...... Di zaman asal mereka, mereka sudah koma beberapa hari. Namun masih bernafas dan kekal hidup. Bantuan pemakanan diberikan saat mereka tersedar sebagai orang lain. Ya, itu bukanlah mereka. Tiada siapa yang menyedari siapa yang berada di tubuh mereka saat itu. "Now I'm facing a legend! Yeah, you're lucky!" - Is "Aku macam kenal laksamana hang Tuah tu, pendekar melayu lama. Tokoh terkenal! Shit! Aku kena mintak singnature dia." - Danial "Aku hanyalah khadam, tidak berani meminta lebih.." - Danny "Just accept that we are time travelers, kita kena cari cara hapuskan sumpahan tu, kalau tak, kita akan terkurung di sini sampai bila-bila." - Khairy. Namun, bagaimana mereka hendak patahkan sumpahan tersebut? Apa pula kaitan dengan barang-barang kuno yang ada pada mereka? Bagaimana mereka hendak balik ke tempat asal mereka? Nantikan mereka di PERENTAS WAKTU. P/S ☞ : Kisah adalah sekadar rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati. Tiada kaitan dengan agama. Sekadar imaginasi renungan bersama. Start: 18/12/23 [2nd book] End: 30/03/24 Bad ending in happy situation. © Nice cover by PutraRize_
You may also like
Slide 1 of 10
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN - Tamar Jalis (JILID 1) ( Complete.!) cover
C| MANUSKRIP cover
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL" cover
PERENTAS WAKTU C cover
Creepypasta ∽ malay ✔ cover
PROJEK : DORM ANGKASA cover
KOLEKSI KISAH BENAR 2 cover
SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR SU cover
KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU" cover
LAWA cover

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN - Tamar Jalis (JILID 1) ( Complete.!)

25 parts Complete

Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.