Terdapat dua golongan, Pewaris dan Pensihir. Kedua puak ini menjadi musuh turun-temurun, kerana di satu puak, mereka ingin menyebarluaskan kejahatan, manakala di satu puak lagi, mereka ingin membanterasnya. Satu ramalan tiba di pihak Pensihir, di mana akan ada seorang lelaki yang berdarah campuran (Pensihir dan Pewaris) yang akan mewarisi satu kuasa yang hebat lagi ampuh. Lalu misi mencari lelaki ini dimulakan.
Azlan merupakan seorang pelajar sekolah harian biasa, yang berkawan baik dengan Razak. Sebuah kejadian yang terjadi di sekolahnya pada suatu hari, membuatkan hidupnya tunggang-terbalik.