30 parts Ongoing Tara Ezmilda. Seorang gadis yang hidupnya cuma sederhana. Sejak ibu tiada, dia sudah terbiasa menurut dan berdiri sendiri. Cinta tidak pernah menjadi keutamaan. Namun, semuanya berubah apabila seorang lelaki berhati mulia hadir dalam hidupnya.
Dialah, Kasyal Zafildan. Seorang pemuda yang baru sahaja dilukai. Tetapi, setiap kali Tara memerlukan seseorang, dia ada. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu, bukan hanya sekadar rahsia tetapi luka yang mendalam. Nekad, dia mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya, melindungi dan membahagiakannya.
"Saya rasa saya selalu bawa masalah pada awak. Saya takut awak menyesal sebab terima saya sebagai isteri awak." - Tara Ezmilda
"Kalau aku boleh putar masa dan kalau aku boleh pilih semula siapa yang aku nak sebagai isteri aku, aku tetap akan pilih kau. Dan selamanya aku akan pilih kau, sayang." - Kasyal Zafildan
Bersama Kasyal, dunia Tara terasa lebih cerah. Ada tawa tanpa dipinta, ada lirikan mata yang berbicara tanpa suara. Dan kerana itulah, dia mula sedar bahawa hatinya yang dahulunya tertutup rapat, kini telahpun terbuka.
Tetapi dunia mereka bukan hanya tentang cinta berdua. Ada luka lama yang belum sembuh dan ada manusia di sekeliling yang tidak pernah berhenti menyakiti. Sejak kecil, Tara dibesarkan dalam bayang-bayang ibu tiri yang melihatnya bukan sebagai keluarga, tetapi sebagai beban.
Meskipun begitu, bagi Kasyal, kasih sayangnya bukan hanya untuk menampung kekurangan Tara tetapi untuk menyembuhkan hati gadis itu yang telah lama dibiarkan sakit. Dia tidak sekadar ingin menjadi seorang suami tetapi menjadi pelindung dan tempat pulang yang isterinya tidak pernah ada.
Namun, mampukah cinta yang lahir daripada luka bertahan? Dan mampukah Kasyal terus mempertahankan Tara saat semuanya cuba menjatuhkan?
"Untuk dia, tentang dia, yang namanya tidak akan pernah pudar."