Young Kohler (On Hold)

Young Kohler (On Hold)

  • WpView
    Membaca 2,077
  • WpVote
    Vote 148
  • WpPart
    Bab 6
WpMetadataReadLengkap Sab, Nov 21, 2015
DIA cukup tidak suka dengan suasana hingar-bingar namun terpaksa juga melangkah. Berpapasan pula dengan makhluk-makhluk lupa diri, lupa dunia sangat menyebalkan. Sumpah, kalau bukan kerana Danny Kohler dia tidak akan sesekali menjejakkan kaki di tempat sebegini. Sudahlah gelap, hingar malah berbau busuk dengan bau arak dan asap rokok. Tangan sibuk mengibas asap rokok yang berkepul-kepul di udara. Matanya menjeling tajam pada seorang lelaki biadap yang sengaja menghembus asap rokok ke arah mukanya sewaktu berpapasan. Hangat sungguh hatinya, namun digagahi hati supaya bersabar. Langkah kaki tetap diteruskan. Biarpun begitu, tidak memudarkan jati diri dan sikap penuh yakin seorang wanita bernama Naelofar. Dengan beg clutch sebesar ipad, dia melangkah penuh yakin. Rambut separa bahu, memenuhi trend masa kini beralun cantik setiap kali dia melangkah. Ya, dia wanita urban. "Al-Kohler! You owe me for this nonsense!" bibir Lofar berdecit-decit, geram betul dengan budak tak matang seorang itu
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • PENAKLUK CINTA ENCIK DUDA
  • Rise of The Emperor [Completed]
  • SAVIOUR - CODENAME: HUNTER [ COMPLETE ✅️ ]
  • THE DEFECTIVE
  • Inara Amanda | C
  • [Please don't go] just always with me S2 ~the missing one~
  • Jodoh Aku Miss Rollerblade!
  • Hye You!
  • MESSAGE OF LOVE: Dia Pilihan Takdir
  • [ C ] NOKTAH DENDAM

BLURB Tunggang-langgang hidup Lara sebaik bergelar setiausaha Fateh a.k.a duda playboy di Merak Megah Holding Berhad. Sudahlah lelaki itu keras kepala, kurang ajar pula orangnya. Budi bahasa? Huh. Memang tak ada! Bagi Fateh pula, Lara pembawa musibah. Gadis itu berlagak seperti bayang-bayangnya. Hampir setiap masa ada di sisi. Rimas? Tersangat-sangat! Ditambah tingkah selamba dan tak tahu malu Lara, Fateh rasa dunianya gelap serta-merta! "Eii... kalaulah saya tahu nak jadi semua ni, mati hidup balik pun saya tak terimalah tawaran gila ni!" - Lara "Padanlah dengan muka kau. Kau nak sangat jaga aku, kan? Hah, lepas ni kau jagalah aku siang malam!" - Fateh Salah faham mengikat kedua-duanya dalam perkahwinan. Lara tak rela. Fateh pula gembira. Sangkanya, inilah masa dia dapat membalas dendam. Tak sedar hati dah berbunga cinta dalam diam. "Jadi inilah sebabnya kau hadir dalam hidup aku? Hanya untuk musnahkan semuanya, begitu?" - Fateh "Kalau itu yang awak fikir, anggap sajalah jawapannya ya." - Lara Mengamuk Fateh saat rahsia sebenar Lara terbongkar. Bertambah sakit hatinya bila sedar. Lara punya matlamatnya sendiri. Tak nak mengaku kalah, Fateh merancang misi. Gadis itu harus jadi miliknya. Mutlak! "You will be mine, Lara. Forever. Either by hook or by crook!"- Fateh "Buatlah apa yang awak nak buat Fateh. Saya takkan kisah sebab saya tahu, awak takkan dapat halang saya."- Lara Mulut saja kata tak kisah, sebetulnya Lara tak senang hati. Benar hatinya tiada cinta, tapi selama mana dia dapat bertahan bila terus-terusan digoda? Antara impian diri dan cinta encik duda, mana satu yang harus dia pilih? Fateh sendiri, tegakah melepaskan Lara pergi saat dia yakin, cintanya memang benar-benar sudah ditakluki?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan