Siapa Ramdan Titik? Ramdan bukanlah seorang mangsa belasahan rakan sebaya ketika bermain dart yang selalu dititik atau mukanya yang berjerawat seperti dititik pen merah atau mempunyai adik kembar bernama Ramdan Koma. Ramdan agak popular apabila namanya menjadi sebutan. Ada sekali Ramdan menjadi bahan lawak hambar rakan-rakan yang boleh tahan viral tak lama dulu. Knock knock Who's there? Ramdan Dan siapa seorang lagi? Lawak hambar ini berjaya meraih lebih 3000 RT hasil tweet rakan serumah yang taksub menjadi tweetfamous. Sayangnya, tweet itu one hit wonder. Berbalik kepada Ramdan. Ramdan hanyalah seorang insan biasa, tiada makwe, tiada kerja tetapi Ramdan steady kerana Ramdan percaya "life is like a box of chocolates". Tak semua mampu beli box of chocolates, sama dengan kehidupan. Ini merupakan kisah Ramdan yang mencari-cari titik kepada Titik di dalam namanya.