Tidak terbaca
Kecuali oleh Hati.
Tidak bermakna
Kecuali oleh Hati.
Semuanya Tidak
Kecuali Hati.
Maka dari itu,
Aku dan dia,
Kami selalu berpegang pada Hati.
Tanpa berita. Tanpa jejak. Dia hilang begitu sahaja. Berita kemalangan telah masuk di kaca televisyen, halaman muka buku twitter, tiktok, instagram... Namun wanita kesayangannya itu tidak dapat dihidu.
Dia masih berharap Maizadatul Akmal masih hidup. Khairul Hafizi menepuk-nepuk perlahan badan si kecil agar kembali lena. Semula.