Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)
  • Reads 266,836
  • Votes 8,464
  • Parts 19
  • Reads 266,836
  • Votes 8,464
  • Parts 19
Complete, First published Sep 10, 2015
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.

"So I am your replacement husband?"- Ian Hadif

"If you want to say so." - Iman Amani

Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup.

"What is selipar Jepun?" - Ian Hadif

"Japanese's slippers." - Iman Amani

"Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif

Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!


"It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif

"Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani

"Cakap apa?" - Ian Hadif

"Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani

"Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif


Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

"To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif

"Tell him that I love him, so much."- ImanAmani.

Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?
All Rights Reserved
Sign up to add Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Perfect Sky by saraimani99
50 parts Complete
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
You may also like
Slide 1 of 10
His Return cover
Perfect Sky cover
LIGHT cover
The Survival✔ cover
Lemas cover
Only One You (✔) cover
EDIT | 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋  cover
FIRZAN ASYTAR  cover
CRUEL DESTINY | OG cover
Isteri Halal Sementara  cover

His Return

28 parts Ongoing

𝐀𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐒𝐢 𝐃𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐭𝐢? 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚? 𝐓𝐨𝐥𝐚𝐤? "No! Tak ada peluang kedua. Aku dah tak percaya lelaki. Aku dah benci lelaki. Full stop!" - 𝑄𝑖𝑠 𝐴𝑟𝑙𝑦𝑛𝑛𝑎 "Baguslah. Aku bukan lelaki. Aku imam kau," - 𝐻𝑖𝑟𝑧𝑎𝑛 𝐷𝑎𝑛𝑖𝑞 Inilah yang Qis Arlynna tak faham kenapa tiba-tiba Hirzan kembali dengan berlori-lori air gula dia? Walhal dulu lelaki itu beria mahu berkawan selepas putuskan hubungan. Goyah mana pun hatinya, dia tetap dengan pendirian tidak akan ada peluang kedua. Dia takut untuk percaya lagi, takut untuk terima. Dia trauma. "Hirz ada sebab..." - 𝐻𝑖𝑟𝑧𝑎𝑛 𝐷𝑎𝑛𝑖𝑞 Ya, Hirzan Daniq ada sebab dan terpaksa. Tak ada niat untuk lukakan hati Manjanya. Habis saja komitmennya, dia akan dapatkan semula Qis Arlynna. Itu janjinya dulu. Namun, kerja dan tugas Hirzan Daniq membawa kepada kejadian hitam yang membabitkan Qis Arlynna. Adakah kemunculan semula Hirzan Daniq dalam hidup Qis Arlynna tepat?