Story cover for WARNA CINTA by eyeshah92
WARNA CINTA
  • WpView
    LECTURAS 43,758
  • WpVote
    Votos 1,235
  • WpPart
    Partes 9
  • WpView
    LECTURAS 43,758
  • WpVote
    Votos 1,235
  • WpPart
    Partes 9
Concluida, Has publicado sep 12, 2015
Contenido adulto
KYRA...Pelariannya bersebab.. kasih sayangnya dirampas oleh rakan baiknya sendiri. Lalu dia membawa jauh dirinya dibumi Rusia. Selepas empat tahun dia kembali semula ke Malaysia. Doanya cuma satu moga dia tidak bertemu dengan dua insan itu. Namun kehadiran seorang anak kecil membuatkan Kyra teringat akan luka lama.. dimanakah pengakhirannya?? Jom sama-sama baca cerpen pendek ini...
Todos los derechos reservados
Regístrate para añadir WARNA CINTA a tu biblioteca y recibir actualizaciones
O
Pautas de Contenido
Quizás también te guste
Hidayah Cinta....Jika Itu CINTA Azali buat Ku. de Whimsyfairy
60 partes Concluida
HIDAYAH CINTA...Jika itu CINTA azali buat ku. Mengisahkan teguhnya cinta yang lahir dari keikhlasan insan. Krisya dan Kamarul bercinta dari zaman sekolah. Cinta monyet tak selalu berakhir dengan perkahwinan. Namun mereka berjaya membuktikan keutuhan cinta mereka selama 6 tahun. Mereka berjanji akan meneruskan pelajaran semampu mereka. Sehingga satu hari, semua apa yang dirancang hancur. Krisya ditinggalkan tanpa berita dan perhubungannya dengan Kamarul tergantung ditengah jalan. Kamarul pergi tanpa pesan. Rakesh, teman karib Kamarul, diamanahkan menemani dan menjaga Krisya ketika ketiadaannya. 4 tahun berlalu, kesetiaan Rakesh, menemani Krisya membuatnya lebih mengenali Rakesh. Krisya belajar untuk teruskan kehidupannya ke masa depan walaupun payah. Namun dia akan terus mengharapkan kepulangan Kamarul. Hari demi hari, Krisya berjaya melupakan kisah cintanya yang silam walaupun harus dia akui dia tidak akan pernah mahu bercinta lagi. Rakesh Sharma tetap menjadi sahabat baiknya. Sehingga suka duka mereka tempohi bersama. Memang payah untuk dia bercinta lagi. Satu hari Krisya terpaksa akui perasaannya terhadap Rakesh makin berubah. Dia semakin sayang pada Rakesh entah sebagai kawan ataupun lebih dari itu. Tetapi bukan mudah untuk dia menerima kenyataan itu. Hatinya, walaupun marah dan kecewa dengan sikap Kamarul, masih mengharap kepulangan Kamarul kepangkuannya. Tapi, bila Kamarul menjelma semula dan menagih cinta itu kembali, mengapa Krisya merasa berat hati? Mengapa Krisya tidak saja menerima Kamarul? Ternyata Krisya tersepit di antara dua jejaka Siapakah yang akan dia pilih? Kamarul Danyal cinta hatinya yang pergi tanpa berita atau Rakesh yang selama ini setia disisinya. Apakah Kamarul akan terima segala keputusan Krisya? Atau sebaliknya dia akan lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang telah dia lepaskan 4 tahun yang lalu? Dan siapa pula Adam Matin itu. Penuh misteri. Adakah dia jodoh Krisya? Published in November 2016
Demi Bahagia Mu de roseanglee
74 partes Continúa Contenido adulto
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau ingat kau dah sah jadi isteri aku,kau boleh suka-suka sentuh harta benda aku ke!!!" _Alya Qaisara "Maaf awak saya tak sengaja terlelap atas katil awak" _Zyan Rafael "Kau dengar sini perempuan.Kau tu hanya isteri atas kertas aku jee!jadi kau tak payah berangan nak belot harta aku.Satu sen pun aku takkan bagi!dan lagi satu,stop panggil aku awak!Kau tu tetap orang luar bagi aku.Panggil aku TUAN! FAHAM!!!" _Alya Qaisara "Faham Tuan" _Zyan Rafael "Huh!Dasar Miskin! Hodoh! Bodoh! Lembab pula tu! aku jijiklah tengok muka kau lama-lama! aku muak tahu tak! dah berambus sana!!!" _Alya Qaisara "Baik Tuan" "Ya Allah,jika ini takdir yang engkau tetapkan untuk ku,aku rela menerimanya._Alya Qaisara Sampai bilakah Alya Qaisara akan bertahan hidup dengan orang yang membencinya malah menghina serta mencacinya setiap hari.Suami sendiri menanam perasaan benci terhadapnya.Hidup sebatang kara bukanlah hal yang mudah untuk terus bertahan di dunia yang penuh dengan kejutan ini.Berharap sang suami akan melindunginya,tetapi semua itu hanya mimpi. Dan sampai bilakah Zyan Rafael membenci isterinya yang sangat sempurna itu.Adakah dia akan membuka ruang hatinya buat sang isteri,atau sebaliknya? Mahu tahu lebih lanjut sila tunggu hingga cerita ini melabuhkan tirainya. WARNING❗ _Plagiat di larang sama sekali _Cerita ini adalah rekaan semata-mata tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati _100%datang dari otak saya sendiri,jika ada persamaan dengan cerita lain itu hanyalah kebetulan _Typo maybe ada di setiap bab
Always, you... de EmbunKurnia
57 partes Continúa
SINOPSIS Langit malam itu gelap pekat, seakan merestui perasaan yang berselirat dalam jiwa Khayra. Dalam genggaman erat stereng kereta, dia cuba menenangkan debar hatinya yang kian menggila. Danish, lelaki yang sepatutnya menjadi suaminya dalam dua hari lagi, tiba-tiba menghilang tanpa sebarang penjelasan. Panggilan demi panggilan tidak berjawab, meninggalkan hanya kekosongan dan tanda tanya yang menghimpit. Namun, rahsia yang lebih besar sedang menanti. Sebuah rumah, sepucuk surat, dan satu keputusan yang merobek seluruh jiwanya-Danish memilih untuk pergi. Bukan sehari dua, bukan untuk mencari ruang, tetapi untuk meninggalkan segala-galanya. Ireland menjadi destinasinya, dan Khayra? Hanya ditinggalkan dengan nota perpisahan yang dingin dan penuh tanda tanya. Tapi tidak. Khayra tidak akan menyerah semudah itu. Tidak tanpa jawapan. Dengan langkah yang dipandu oleh emosi dan hati yang remuk, dia menjejaki lelaki itu hingga ke lapangan terbang. Namun, saat mata mereka bertemu di pintu pelepasan antarabangsa, jawapan yang dia harapkan bertukar menjadi luka yang lebih dalam. Apa yang membuat Danish berubah hati? Apa yang begitu besar hingga dia sanggup melarikan diri daripada sebuah ikatan yang sepatutnya menjadi titik bahagia? Adakah ini tentang dirinya... atau sesuatu yang lebih gelap sedang bersembunyi di balik keputusan Danish? Saat cincin tunang itu melayang jatuh ke lantai, Khayra yakin segalanya telah berakhir. Tetapi dia silap-kerana kisah mereka baru sahaja bermula. Sebuah kisah cinta yang bukan sekadar tentang kehilangan, tetapi tentang rahsia, luka, dan takdir yang tidak terduga.
HELLO, KESAYANGAN ! (TERBIT: CINTA AD & FAR) de afiadz
22 partes Concluida
BLURB "Dasar pengganggu ketenteraman!" - NUR ADDIN. Asal berjumpa, mereka bergaduh. Pantang bertemu, mereka pasti bertelagah. Tetapi chemistry yang kuat menyatukan mereka. Farhan dan Addin bergabung menjadi The Trailblazer sehingga gelaran itu menjadi sebutan ramai. "Aku harap aku adalah pelangi kau." - MUHAMMAD FARHAN ARYAN. Dihantui kisah silam, hidup Addin bukan seperti orang lain. Dibenci oleh ibunya sendiri membuatkan rumahnya seperti neraka dunia. Saat Addin memerlukan bahu untuk menangis, Farhan akan sentiasa ada bersamanya. Tak perlu ucap cinta, masing-masing faham apa yang tersirat di dalam hati. Langit tak selalunya cerah. Hubungan mana yang tidak dilanda badai. Kemesraan antara dua insan yang saling mencintai menyebabkan seseorang menyimpan rasa benci lalu membakar api dendam yang terpendam buat sekian lama. "Kau ingat, nyawa dibalas nyawa." - ADIRA. Satu perjanjian yang tak masuk akal terjalin antara Addin dan Adira tanpa rela. Kemunculan orang ketiga memisahkan Farhan dan Addin. Ditambah dengan kehadiran seorang lelaki yang bernama Afiq yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Addin, wanita yang sangat dicintainya menyebabkan hubungan yang terbina bertahun-tahun lamanya semakin goyah. Apakah yang bakal terjadi saat Farhan dan Addin bertemu kembali setelah sekian lama terpisah? Dapatkah mereka menyulam kembali kisah cinta yang terputus di tengah jalan? [ Buku ini sudah complete tetapi saya unpublish kerana bakal diterbitkan ]
Broken Bodies (21+) de nova_amarylis
29 partes Concluida Contenido adulto
COMPLETED ✅✅ Selepas bercerai, Yara Isabella berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat memulakan hidup baru-lebih tenang, lebih baik, dan lebih dekat dengan agama. Dalam pencariannya, dia bertemu seseorang yang kelihatan berbeza dari lelaki-lelaki lain. Seorang yang sabar, yang sedia membimbing, yang membuatnya percaya bahawa perubahan itu mungkin. Tapi kepercayaan itu tidak bertahan lama. Sentuhan pertama mengubah segalanya. Janji-janji yang dulu diucapkan hilang dalam nafsu yang semakin rakus. Niat untuk berkahwin lenyap begitu saja, dan Yara mula sedar, dia hanyalah alat pemuas yang diberi nama lain. Namun, Yara tidak akan membiarkan dirinya menjadi mangsa lagi. Jika ini permainan yang ditetapkan untuknya, dia akan bermain dengan cara sendiri. Kerana di luar sana, masih ada yang sanggup membayar harga untuk menyentuhnya. Tapi sampai bila? Dan di saat dia ingin keluar dari kegelapan ini, masihkah ada cahaya untuknya? >>>Nota Penulis👇🏻 Kisah ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar seseorang yang pernah berkongsi ceritanya dengan author. Author hanya menyusun semula dalam bentuk penceritaan, dengan sedikit olahan untuk memberi lebih impak kepada pembaca. Nama, lokasi, dan beberapa peristiwa telah diubah bagi menjaga privasi individu yang terlibat. Namun, emosi dan hakikat di sebalik kisah ini tetap kekal. Amaran diberikan sebab cerita ni ada banyak unsur-unsur seks dan keganasan, diceritakan oleh pemilik sebenar dan author tulis sebiji seperti yang diceritakan.
Quizás también te guste
Slide 1 of 10
Penghulu Bidadariku S1 : Aisyah Humaira cover
Hidayah Cinta....Jika Itu CINTA Azali buat Ku. cover
Isteriku Si Queen Selfie ✔ cover
PENGARANG JANTUNG : TENGKU AIDEEN RIDZHAN  cover
Demi Bahagia Mu cover
Permaisuri Tanpa Takhta [C] cover
Bidadari Arjuna | Ebook cover
Always, you... cover
HELLO, KESAYANGAN ! (TERBIT: CINTA AD & FAR) cover
Broken Bodies (21+) cover

Penghulu Bidadariku S1 : Aisyah Humaira

77 partes Concluida

~ Completed for S1 ~ Demi cinta, Rayyan Harith mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang tertakluk di hati, perpisahan menjadi jalan pilihannya. Hanya kerana satu perkhabaran yang meragut kebahagiaan sekaligus membuatkan dia tekad. Tekad untuk mengundurkan diri sehinggakan... "Aisyah Humaira binti Khalid, saya ceraikan awak dengan talak satu." _RAYYAN HARITH_ Dia kembali pada masa si dia sudah bersama sahabat baiknya. Biar mereka menghukum kesilapan masa lalunya, namun tidak sesekali dia akan berhenti mencintai. Kerana Aisyah Humaira adalah penghulu bidadarinya...