Cinta Hati Cik Yakuza(SU)
7 Partes Continúa Dia ketua Yakuza. Dia pula pegawai polis. Dunia mereka tak pernah sehaluan...sehingga peluru dan dendam menemukan cinta di antara celah-celah darah dan rahsia.
Tengku Hazel Azalea, atau nama Jepunnya Kaori Kei, bukan wanita biasa. Di balik wajah lembut dan senyum polos, dia ialah pewaris kepada salah satu keluarga Yakuza paling berkuasa di Jepun. Tetapi apabila dia kembali ke Kuala Lumpur untuk menyiasat pembunuhan ibunya, dia tidak menyangka akan terjerat dengan lelaki yang sepatutnya menangkapnya, Inspektor Luqman Harith, detektif jenayah berat yang terperangkap dalam sistem undang-undang penuh korupsi.
Luqman hanya tahu satu perkara. Iaitu keadilan. Tetapi apa yang berlaku bila perempuan yang ingin dia dakwa... juga perempuan yang mula dia cinta?
Dalam dunia mafia, tiada istilah percaya. Dalam dunia polis, tiada ruang untuk cinta dengan penjenayah.
Tetapi dalam dunia mereka, peluru, darah, dan cinta menjadi satu.
Cinta Hati Cik Yakuza ialah kisah saspens dan cinta terlarang antara dua manusia dari dunia yang bertentangan. Penuh dengan kejutan, misteri, komedi gelap, dan aksi mendebarkan. Bila cinta dan kejahatan bergabung, siapa yang akan terselamat?