Bahasa dalam Diam (BL) [C]
Tanah Melayu, 1939-1945.
Dalam desa kecil yang tenang di pinggir Taiping, seorang pemuda Melayu bernama Adam menjalani hidup terikat kepada agama, adat, dan tanah tumpah darahnya. Dia tidak pernah mencari cinta apatah lagi dari arah yang paling tidak dijangka.
Edward, pegawai British yang tampak dingin dan tersusun, ditugaskan membantu urusan pentadbiran kampung. Dia mahu belajar bahasa Melayu bukan sekadar demi tugas, tetapi kerana dia mahu memahami dan kemudian mendekati seseorang.
Dalam ruang waktu yang tersekat antara peperangan dan penjajahan, mereka belajar memahami satu sama lain melalui puisi, pantun, dan kiasan. Setiap patah kata menjadi jendela kepada sesuatu yang tidak pernah terucap.
Tapi cinta mereka bukan milik zaman itu. Dalam diam, dalam tulisan, dalam waktu yang tak kembali, cinta itu hidup dan kemudian hilang.
Bahasa Dalam Diam ialah kisah tentang dua hati yang bertaut tanpa janji, tentang mencintai dalam sunyi, dan tentang menulis agar tidak dilupakan.
Genre: Romantik Tragis, Fiksyen Sejarah, Slow Burn, Cinta Terlarang, Emosi dan Simbolik