86 parts Complete MatureIAB = Sinopsis
Bahagia. Semua orang inginkan bahagia. Namun, bukan mudah untuk merasai bahagia. Bahagia merupakan 'hadiah' dari sesuatu yang diperoleh dari kesabaran, kesedihan, pengorbanan dan ketabahan. Senyuman sendiri tidak hanya dinamakan bahagia, kerana melihat senyuman orang tersayang juga merupakan bahagia.
Atau...bahagia yang sebenar-benarnya bahagia.
"Jika dengan pembohongan mampu membahagiakan, aku rela digelar pembohong, pengkhianat, pendusta bahkan apa jua asalkan aku dapat melihat senyuman dan gelak tawa dari insan-insan yang aku sayang." ~ Emmir Fareiz.
"So you sanggup hancurkan hati I, lupakan cinta kita? You memang kejam Fareiz!" ~ Ivy Ailin
"Kau memang abang yang tak guna! Hak adik kau sendiri pun kau sanggup nak rampas ? Eh abang jenis apa kau ni?" ~ Emmir Haiqal
"Abang hanya pentingkan diri sendiri! Abang tak perlu kata semua Ini abang lakukan demi kami atau demi mama sebab semuanya hanya untuk diri abang sendiri!" ~ Emmir Farhan
Kata orang, bahagia sukar untuk dimiliki. Namun, adakah bahagia juga tidak layak untuk dimiliki?
Aku ingin bahagia, bahagia bersama orang yang aku sayang.
Namun jika dengan pemergianku dapat membahagiakan mereka, aku redha.
Kerana, aku sayang mereka