Setiap satu dari kita mempunyai satu lagu yang dapat mencerminkan perasaan kita berdasarkan bait-bait lirik dalam lagu itu. Ada yang memilih lagu disebabkan ada kenangan yang tersimpan rapi bersama seseorang Ada yang memilih lagu cinta walau hakikatnya dia masih bersendirian Ada yang memilih lagu hanya kerana bait lirik itu dapat melahirkan perasaan yang dia sendiri tak mampu ungkapkan ..dan ada yang memilih lagu kerana ada yang memberi Dan setiap kali lagu itu berkumandang, ada cerita yang kembali terungkap, tersingkap..