Rain, benarkah kita akan belajar lebih menghargai bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi? Selama sebulan ini saya menangisi kehilangan dia, cinta pertama saya untuk selama-lamanya. Tolong saya... Tell me how am I supposed to live my life?
Yasmeen Hayfa, kadangkala bila kita terlalu menangisi sebuah kehilangan, hingga kita terlupa, kita masih dan sentiasa ada Dia di sisi kita. Benarkah hidup kita ini hanya ada derita bila kehilangan cinta? Benarkah kehilangan dia buat kita hilang segala-galanya? Fikir, Hayfa.
Lelaki itu cinta pertama yang sukar untuk aku lupakan. Aku hampir sahaja putus asa saat dia pergi sekali lagi. Kalau kau berada di tempat aku, apakah yang kau akan buat? Bingung bukan? Boleh sakit jiwa!
Mujurlah ada Rain, sahabat e-mel, menjadi tempat mengadu dan bercerita tentang perasaan aku kala ini. Meskipun ada Luq yang cuba memujuk dengan penuh sabar, sekaligus ingin menawan hati aku yang sedang bersedih, namun hanya Rain pendengar terbaik yang aku ada setakat ini. Siapakah kau, Rain, lelaki di sebalik skrin komputer riba?
Bukan Luq tak sempurna. Dia punya kerjaya, pandai mengambil hati keluargaku dan bermulut manis. Bukan aku tak pernah mencintainya, tapi, seperti ada tembok yang menyekat mulutku untuk mengiakannya.
Luq memang pandai memujuk dan membuat aku senyum tersenyum sama seperti cinta pertamaku itu. Namun persamaan itu yang membuatkan aku lebih kerap menafikan rasa hati dan menolak segala yang dilakukan oleh Luq untuk aku. Tapi, benar kata Rain, aku harus meneruskan hidup!
Akhirnya di kota suci Mekah, ketika aku menjalankan ibadah umrah, aku menemukan sesuatu yang tak pernah aku sangka. Aku bertemu dengan lelaki itu. Lelaki yang berada dekat dengan aku, tetapi tak pernah aku menyedari kewujudannya. Dan atas nasihat Luq dan Rain, akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali mencari bahagia. Kalau lamaran itu masih terbuka untuk aku, bolehkah aku mengajaknya untuk bercinta sampai syurga?
Syed Amsyar Arian seorang jejaka dingin yang tidak pernah bercinta ataupun jatuh cinta dengan mana-mana gadis pun sebelum ini. Di dalam hidupnya tidak ada benda lain selain kerja, kerja dan kerja. Namun, kehidupannya mula berwarna setelah kehadiran seorang gadis yang bekerja sebagai seorang pembantu rumah di rumah agamnya.
Dia mula menyedari perubahan pada dirinya dan perasaannya terhadap wanita tersebut. Oleh kerana takut akan perasaannya sendiri, dia cuba berusaha sedaya upaya untuk memadam dan menghapuskan perasaan yang tersimpan di dalam hatinya itu. Namun, makin hari perasaan itu semakin mendalam sehingga membuatkan dirinya terseksa dan menderita.
Semakin dia kawal perasaannya, semakin sakit yang dirasakan.
"Lepas apa kau dah buat pada aku, kau nak tinggalkan aku macam tu je?" Soal Amsyar. Matanya memerah.
"Tak Tuan. Bukan macam tu...."
"Hasistu apa?! Kau dah buat aku hampir separuh gila sukakan kau, lepastu kau nak lepas tangan je?" Amsyar.
"Kau memang tak guna kan. Dasar perempuan kejam!"
"Walau apa pun yang terjadi, aku tak akan pernah izinkan kau menjejakkan kaki keluar dari rumah ni!"
Kalau nak tahu cerita lengkap,
Kena lah baca ♡'・ᴗ・'♡
Peringatan : Cerita ni aku tulis masa zaman sekolah(draft). Jadi, kalau ayat macam budak tadika, maafla ye. Aku akan cuba edit apa yang patut.
Sebelum baca jangan lupa follow yer....Aku akan follow back...janji.
☞︎︎︎The idea came from my dream, then the continuation of the story from my own mind ...
☞︎︎︎TQ☜︎︎︎
꧁ᴏRɪɢɪɴᴀʟ Sᴛᴏʀʏ ʙʏ "𝐧𝐚𝐧𝐚𝐲𝐞𝐧𝐚𝐧𝐚"꧂
___________________________
START = 27/3/2024
END = OG
REPUB = 31/3/2025