66 parts Complete "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN
"Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah mata awak. Biar saya yang jadi cahaya untuk terangkan kehidupan awak yang gelap tu. Okey?" - DARLINA
Suara lembut Darlina menenangkan jiwanya. Telatah gadis itu menghiburkan hatinya yang lara. Selepas kemalangan tersebut, tiada senyuman terukir di bibirnya. Namun siapa sangka, kehadiran Darlina telah mengubah segala-galanya.
Tapi Hendriyan tidak mempercayai Darlina sepenuhnya. Apa tidak, muka Darlina pun dia tidak tahu macam mana. Kenal hanya melalui suara dan perangainya sahaja.
"Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA
"Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku?" - HENDRIYAN
"Saya nampak masa depan saya." - DARLINA
Tuhan perancang yang terbaik. Mereka disatukan dalam ikatan suami isteri yang sah. Meskipun sukar untuk Hendriyan menerima hakikat, namun dia tetap berhati-hati dalam perhubungan dia dan Darlina. Dia takut andai dia jatuh hati pada Darlina. Bagaimana kelak Darlina akan pergi meninggalkan dia di saat hatinya sudah terpaut pada Darlina?
*No plagiat allowed!!!
© flwershaee, 2024