PROLOG PART 2
Perlahan-lahan lelaki itu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Sopan-santun betul.
Aku, kalau makan macam ni, confirm! Masuk je Gadis Melayu, semua peserta lain kalah!
Wekkk! Perasan sendiri!
“Awak .. oo awak ... awak tak sakit tekuk ke? Dari tadi menunduk?”
Sempoi sahaja soalannya.
Irfad Hakimi angkat muka. Pandang tepat ke wajah kosong Mia Adyla.
“Saya tak berani nak pandang awak,”
Jawabnya lancar.
“Adess! Apasal? Saya janji tak makan awaklah! Saya dah kenyang! Bukan setakat mi bandung je saya makan, sirap bandung pun saya minum tolak belum pernah sampai ke bandung lagi je,”
“Saya takut nak pandang awak,”
“Takut pulak dah!”
“Saya takut nak pandang awak. Awak cantik sangat,”
Erk!!
“Irfaq! Kalau saya ni cantik, dah lama saya join miss world tu! Bukannya apa kan? Kan saya masuk semua peserta lain kalah. Tak pe la, saya beri peluang kat ratu cantik yang lain dulu menang. Tahun depan, saya masuklah,”
“Awak, saya nak kahwin dengan awak. Saya suka awak. Awak cantik. Suka buat lawak. Kita kahwin nak?”