22 parts Ongoing Mature"Aku adalah tanya yang tak mahu dijawab."
Dalam ruang waktu yang tak bernama,
aku duduk di antara nafas yang tercungap
dan senyap yang terlalu lantang.
Namaku Dewi.
Anak kepada dunia yang gemerlap,
tapi hatiku milik malam yang tak pernah tidur.
Aku biasa bermain dengan bara.
Lelaki-lelaki datang seperti debu,
aku hembus, mereka hilang.
Tapi Hamza bukan debu.
Dia datang seperti bayang-bayang -
tak bersuara, tapi tak pernah pergi.
Matanya bukan mata yang mahu memiliki,
tapi mata yang menelanjangi jiwa.
Dan aku, aku yang tahu berdusta dengan senyuman,
tiba-tiba menjadi bisu.
Aku tak jatuh cinta.
Bukan.
Cinta terlalu mulia untuk dosa yang aku cipta.
Yang aku rasa ini-
adalah doa yang dipanjatkan tanpa sedar,
di waktu aku sepatutnya, tidak lagi berdoa.
Dia datang sebagai cahaya,
dan aku...
aku terbiasa jadi bayang.
Tapi apa jadi bila bayang mula ingin disentuh mentari?
Apa jadi bila dosa mula menginginkan syurga,
tanpa mahu bertaubat?
Ini bukan kisah cinta.
Ini kisah pelanggaran takdir.
Dan aku perempuan yang tahu-
segala yang indah,
akan dihukum oleh keindahannya
TW! BUKAN KISAH CINTA BIASA YANG ROMANTIS DAN CLICHE.