Qaseh adalah seorang gadis yang cerdik, peramah, dan mempunyai ramai kawan. Do sebalik sifat periang, dia menyimpan seribu duka dalam hati. Qaseh perlu berhadapan dengan kerenah Datin Rosmah, nenek yang disayanginya. Ketegasan dan kebencian Datin Rosmah terhadap Qaseh sekeluarga sering kali membuat Qaseh putus harapan untuk berbaik dengan neneknya. Kesabaran Qaseh teruji apabila sepupunya, Aiman dan Daniel sering membuli Qaseh apabila dia pulang ke kampung. Berbekalkan nasihat dan sokongan Puan Laila, Qaseh tekad untuk terus bersabar kerana dia percaya sifat sabar itu pasti akan membuahkan hasil satu hari nanti. © Copyright Qistina BalqisAll Rights Reserved
1 part