Ketagih Tuhan Di Jalanan.

Ketagih Tuhan Di Jalanan.

  • WpView
    Reads 448
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Dec 21, 2015
Seperti biasa aku hanya duduk di tepi jalan sambil melihat manusia berpusu-pusu berlari mengejar dunia. Aku tidak pasti apa yang dikejar mereka. Apa aku kejar? aku kejarkan Tuhan! Kalian kenal Tuhan? Benar kenal? Ha Ha Ha Ha Kalian bohong! kalian tidak kenal tuhan. Mari duduk disebelah aku ini kita lihat ragam manusia yang konon kenal Tuhan. Lihat lelaki sana. Wah berpakai tidak ubah seperti orang bijak pandai, pasti pelajar dan kenal Tuhan. Lihat dia cuma memandang kita saja, dia tidak menolong kita kerana dia anggap dunia ini milik dia dan rasa Tuhan berada disebelah dia. Dia orang belajar, pasti Tuhan suka. Tapi dia lupa, Tuhan suka orang membawa orang lain keluar dari kesusahan. Bodoh si belajar itu! Lihat pula dihujung lorong ini, restoran mewah sana itu. Wah! lelaki itu berpakaian segak lagi tampan. Rambutnya disikat tepi tak ubah seperti pelakon terkenal tapi sayang lelaki itu juga bernafsu duit. Tak percaya? Ha! Lihat tidak langsung diberi sedikit duitnya kepada wanita pengemis itu. Lihat makanannya langsung tidak diberi pada kucing pengemis itu. Bodoh! Lihat sana pula lelaki berjalan ke mari, lagaknya tak ubah seperti dia kenal Tuhan. Kamu lihat saja pasti dia akan mencemuh kita sebab kita ini busuk dan tidak putih bersih seperti dia. Lagi-lagi tidak pula berkopiah. Ha! betul kan dia mencemuh kita tidak langsung memberi ayat-ayat atau doa-doa suci buat kita. Ye lah kita ini tidak seperti dia berbau syurga. Lihat lelaki gemuk itu di depan kita, sudah lah gemuk ada hati pakai suit seperti orang barat. Lihat tangannya ada pembesar suara. Si gemuk ini selalu memberi kata-kata pembela untuk si bodoh ketagihkan wang. Kita yang betul perlukan wang langsung tidak diberinya, kita cuma kena tempias air liur busuknya. Celaka si gemuk! Lihat saja, kata kenal Tuhan kenapa tidak nampak kita disini sedangkan kita perlukan meraka. Kalian hendak tahu kenapa? Sebab kita duduk di atas jalan kotor! itu sebab aku ketagih Tuhan di jalanan, siapa mahu menolong aku!
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • My Ugly Husband ✓
  • Milik Zuyyin Safiyya
  • TRIO UBUR UBUR 🐙🐙🐙
  • Kisah kau dan aku [COMPLETED]
  • TEKOMA [ C ]
  • TI AMO
  • Hati Yang Tersakiti (Complete)
  • Antara X Dan Y (Suamiku Cikgu) Complete ✅

" Kejap! Awak siapa? " Tanya nayla lalu memandang kebelakang seolah mencari gerangan suaminya furqan. " Nayl, ini sayalah. Tali mask saya putus" kata furqan. Nayla tak tipu serius dia terkejut lihat wajah suaminya. Sudah seminggu mereka berkahwin baru ini kali pertama dia melihat keseluruhan wajah itu. " Maaf kalau muka saya buat awak terkejut. Saya tahu muka saya hodoh" kata furqan. Nayla merasa tertipu kerana tiada siapa yang memberitahu akan kecacatan kekal di muka suaminya itu sebelum dia berkahwin. Nayla cuba menerima dan mencintai furqan seadanya. Dikirakan ia perkara yang susah, namun... Lelaki itu seorang yang bertanggungjawab, matang dan walaupun kadang lawak furqan seperti bapak² tapi nayla suka. " Nayl, ce teka. Binatang apa yang selalu bersemangat?" " Beruang?". " Tak". "Singa?" "Tak" . " Lepastu?" " I can!" " Hah?" " Ikan, kan bunyi dia mcm I Can! Maksudnya dia bersemangat lah tuh" " Kau boleh tak pakai tutup muka? Aku nak makan tak berselera tengok muka hodoh kau! " Marah seorang lelaki. Orang ramai dia restoran itu mula memandang kearah mereka. Furqan sudah memohon maaf berkali-kali. Tapi lelaki tersebut terus memekakkan telinga. " Ingat orang hodoh tak de hati ke! Kalau tak berselera sangat pergi balik makan kat rumah! Jangan nak sesuka hati marah suami saya!" Jerkah nayla lantang. " It's okey. Either way... You're my hubby and I already accept that"

More details
WpActionLinkContent Guidelines