Ini suara fakir miskin,
Kais Ahad makan Isnin,
Harapkan si kaya, si kaya tak ingin,
Kalau mampu, diamlah si miskin.
Apa kau buta?
Aku bermata,
Apa kau buta?
Aku berbahasa,
Apa kau buta?
Kita semua sama?
Apa kau buta?
Aku bernyawa,
Apa kau buta?
Aku terseksa,
Apa kau buta?
Aku manusia.
Hati kau buta bila mahu melihat?
Saudara Adam sedang tersurat,
Dalam tangisan penuh tersirat,
Depa kata, kuasa demokrat.
Yang aku tahu, depa mengerat,
Mangsanya aku, aku terjerat,
Untungnya kau, kau terselamat.
Marilah sini bersama aku,
Makan pasir, berlauk batu,
Jangan engkau tidak mahu,
Berdosa engkau, jika tak lalu.
Mengapa engkau tidak mahu?
Aku tak gila telan yang itu,
Hanya itu aku mampu,
Tahan perit, ikat nafsu.
Inilah aku dimalam hari,
Meminta Allah sayangnya tak pasti.
<2nd Novel>
Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021)
[Completed]
Known as Healing Love.
"Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."
____________
Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia.
Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya.
Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar.
"Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa
"Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir
"Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora.
Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini?
@Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.