Kisah 5 orang kawan baik yang kaya raya tinggal di Bangsar. Mereka terdiri dari Lydia,Sally,Fathia,Jazmeen dan Qairina. Impian mereka berlima ialah mahu ke Paris. Tetapi ibubapa mereka tidak membenarkan mereka ke Paris kerana mereka baharu sahaja berumur 17 tahun. SPM baru sahaja berlepas. Tetapi mereka keras kepala juga hendak ke Paris bersama. Ibubapa mereka pun hairan kenapa perlu ke Paris. Kenapa tidak ke Australia atau pun Korea? Oh, itu kerana Paris mempunyai Eiffel Tower yang sangat cantik dan berkilat, pemandangan yang sangat indah bagi mereka. 1tahun kemudian, mereka sudah berumur 18 tahun, mereka meminta kebenaran ibubapa mereka lagi untuk hendak ke Paris bersama. Tetapi, ibubapa mereka tidak membenarkan juga kerana mereka perlu masuk ke Universiti terlebih dahulu. Mereka berkeras kepala juga hendak ke Paris! apakah yang terjadi selepas itu? semuanya terletak di Aku Mahu Ke Paris!