His Flower Girl
ʜᴀʀɪᴛʜ ʀᴀɪʏᴀɴ × ᴀɪʀᴇᴇɴ ᴍɪᴋᴀʏʟᴀ
Aireen Mikayla, pemilik kedai bunga Mika's Bloom, hanya mahukan kehidupan yang tenang di celah-celah keharuman mawar miliknya. Namun, ketenangannya mula terusik apabila Profesor Dr. Harith Raiyan muncul. Lelaki yang mulai menguncang hati Aireen kerana perangai nakal yang sering membuatkan jantung Aireen hilang rentak.
Namun, disebalik kenakalan Harith Raiyan, tersimpan satu azam untuk melindungi Aireen Mikayla daripada bayang-bayang masa lalu yang kejam. Apabila ancaman Megat Arshad kembali menuntut hak, Harith membuktikan bahawa dia bukan sekadar lelaki di sebalik meja kuliah, tetapi 'hero' yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi wanitanya.
Di sebalik helai selendang yang tersingkap buat pertama kali, dan di sebalik janji yang terikat dalam debaran...Harith Raiyan membuktikan bahawa cinta bukan sekadar kata-kata dalam tesis, tetapi sebuah pengorbanan.
"SOP abang cuma satu, sayang...iaitu pastikan mawar abang ni sentiasa mekar dalam pelukan abang. Biarpun abang yang harus tertusuk durinya." - ℋ𝒶𝓇𝒾𝓉𝒽 ℛ𝒶𝒾𝓎𝒶𝓃