Pilihlah Aku!
  • OKUNANLAR 1,946
  • Oylar 66
  • Bölümler 7
  • OKUNANLAR 1,946
  • Oylar 66
  • Bölümler 7
Devam ediyor, İlk yayınlanma Ara 04, 2015
BLURB

"Seribu kali kau tolak. Seribu kali aku mahu!"

RM 28.00
~752 hlm
Terbit : OKTOBER 2014

Hidup Ainul Husna bertukar rentak selepas menyelamatkan Muhammad Fattah. Dia diburu dan setiap gerak-gerinya diperhatikan. Ainul Husna resah. Dia bukan artis popular. Bukan juga anak orang kaya. Dia hanyalah pekerja kedai kek kecil sahaja. Kemuncaknya, dia diculik hanya kerana mahu dihadiahkan dengan pelbagai jenis barangan berjenama. Dunia sudah jadi gila atau dia sebenarnya yang sudah gila?

Sangka Muhammad Fattah, jiwanya kembali tenang jika dia membalas budi Ainul Husna. Tetapi lain pula yang berlaku. Jiwanya semakin tidak tenteram. Hadiah-hadiah daripadanya ditolak tanpa banyak bicara. Ternyata dia silap perkiraan. Ainul Husna berbeza dengan gadis yang selalu mendampinginya. 

Tanpa sedar, niatnya untuk membalas jasa baik Ainul Husna sudah bertukar haluan. Dan sekarang, dia nekad mahu merebut sekeping hati milik gadis itu. Dia tidak peduli jika gadis itu menolaknya. Sekali dirinya ditolak, berkali-kali dia sanggup mencubanya. 

Ainul Husna pula semakin buntu. Apa yang harus dilakukan agar Muhammad Fattah tidak terus mendekati dirinya yang sudah bergelar tunangan orang? Siapa pilihan Ainul Husna? Tetap setia pada tunangnya ataupun cintanya akan beralih arah pada Muhammad Fattah yang keras kepala dan mempunyai kekasih keliling pinggang?

"Apa yang harus saya lakukan, barulah Encik Fattah anggap saya terima hutang budi Encik Fattah tu?" - Ainul Husna 

"Eh, terbalik pulak? Patutnya aku yang tanyakan soalan tu kat kau. Aku bagi beg tangan berjenama Prada, jam tangan berjenama Chanel, kasut dan lain-lain. Tapi kau tolak!" - Muhammad Fattah 

"Entah! Tak ada cakap pulak. Aku tanya dia, nak cari kau ke? Dia geleng, lepas tu cakap nak beli kek. Esoknya, dia datang lagi. Cakap nak beli kek lagi. Semalam pun, dia datang beli kek lagi." - Farah
Tüm hakları saklıdır
Eklemek için kaydolun Pilihlah Aku! kütüphanenize ekleyin ve güncellemeleri alın
veya
#625komedi
İçerik Rehberi
Ayrıca sevebilecekleriniz
msroses_ tarafından yazılmış CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED) adlı hikaye
48 Bölüm Tamamlanmış Hikaye
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi awal awal lagi dia menolak .. Bagi Maira perkahwinan tu agak tak kena dengan jiwa dia .. Dia sudah bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Termasuk wad tempat kerjanya.. Namun kecederaan yang dialami menyebabkan dia terpaksa berpindah ke unit lain.. Dan, satu peristiwa telah meranapkan segalanya.. Peristiwa yang menyebabkan dia terlibat dengan lelaki itu.. Ahmad Firash, pegawai perubatan yang sangat komited dalam kerja..Tapi dari segi kehidupan, dia seorang yang tidak sukakan komitmen. Baginya perkahwinan hanya akan menjadikan dia seorang yang tidak bebas. Kerana itu dia selesa berkawan dengan Syakira. Tapi tak tahu di mana silapnya, kecuaiannya meranapkan segalanya.. Peristiwa yang menyebabkan dia terlibat dengan wanita itu.. "Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa?! Jawab Dr Firash! " - Maira "Aku minta maaf staff nurse, aku tak tahu apa dah jadi dengan aku.." - Firash "Akak rasa baik Dr Firash kahwin dengan Maira.. Kalau Maira mengandung macam mana?" - Raihana "Aku akan bertanggungjawab pada kau" - Firash "5 bulan je.. cukup 5 bulan kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya.." - Maira " Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau ni? " - Syakira Takdir.. Sebaik-baik takdir yang Allah dah tulis, siapalah mereka untuk menidakkan..Mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah..Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki..
Ayrıca sevebilecekleriniz
Slide 1 of 10
[OG] Her Angel cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
HARIS DANIEL  ( C ) cover
C| Healed: Thalea Reanne (edit) cover
[c] Rayuan Perempuan √ cover
Malik's Babygirl ✔ cover
CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED) cover
Isteri Halal Sementara  cover
Sir, I love you cover
Bukan Aku Tak Cinta cover

[OG] Her Angel

30 Bölüm Devam ediyor

[SLOW UPDATE] Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ "Stop staring at me. I'm not your property!" -Zuheyr Iman- "Jadi apa kata awak jadi yang halal untuk saya?" -Afnan Hanan- Kehadiran seorang gadis berani bernama Afnan Hanan berjaya mengucar-ngacirkan hidup seorang Zuheyr Iman. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Betapa indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Seribu satu kesakitan tersorok di sebalik sepasang mata hitam pekat Zuheyr Iman. Maka, tugas Afnan Hanan untuk menghapuskan bayang-bayang itu. Namun, dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah akibat dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- 🚨WARNING🚨 TW: TRINGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Romantic-thriller