18 parts Complete [ Sedang diedit ]
Dia.. Yoora. Seorang gadis liar berumur 19 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki bernama Park Jimin. Malangnya selepas kahwin, tak semua yang dia bayangkan menjadi kenyataan. Segala harta kemewahan miliknya ditarik semula oleh keluarganya. Terpaksa pula menjalani kehidupan sederhana bersama lelaki yang dikahwininya itu.
"You nak I tinggal dalam rumah macam ni? Oh, pleaselah! Rumah kampung mana yang you beli ni?" - Yoora
"Aku tahu rumah ni tak seperti yang kau bayangkan. Suka atau tak, kau tetap kena tinggal dalam rumah ni dengan aku.. sebab ni salah satu perjanjian aku dengan papa kau." - Jimin
Kisah Jimin lain pula. Hidupnya cuma biasa-biasa. Tidak berharta seperti lelaki lain yang Yoora inginkan. Dia tak ubah seperti seorang musuh buat Yoora. Ada sahaja kesalahan yang dicari oleh Yoora untuk buat dia benci pada gadis itu. Hari demi hari, perasaannya pada Yoora semakin mendalam. Dia mula cintakan gadis itu. Sehinggalah suatu hari, Yoora bertekad untuk tinggalkan dia. Hancur hatinya apabila perkataan 'cerai' keluar dari bibir si isteri.
"I nak you ceraikan I." - Yoora
"Saya takkan lepaskan awak.. walau apapon yang terjadi." - Jimin
Setelah tiga bulan bergelar isteri, perasaan bencinya pada lelaki itu semakin lama semakin pudar. Diganti pula dengan perasaan cinta yang hadir tanpa sedar. Layanan lelaki itu terhadapnya buatkan hati wanitanya tersentuh.
Mampukah Yoora menerima Jimin sebagai suami dalam hidupnya? Mampukah dia bertahan dengan perkahwinannya yang dirasakan bagai neraka di dunia?
***
Previous title 'Because You Are Mine'
Fanfic 13+
Coyright ©BangtanTae07