Adira Atiqah, pelajar berusia 16 tahun yang manja dan peramah. Bijak dalam akademik namun tidak aktif dalam bidang sukan kerana penyakit yang dihidapi sejak bertahun dulu. Muhammad Aizat Akbar, rakan sekelas yang rapat dengannya sejak setahun dulu membuatkan mereka berasa selesa untuk bergurau dan bergaul. Namun ada sesuatu yang mengusik jiwa Aizat tentang diri Adira. Mampukah Adira membalas perasaan tersebut? Mampukah Aizat melupakan perasaan gilanya itu? Mampukah mereka berkawan seperti dahulu? Nantikan...