36 części W Trakcie Bila sudah jatuh cinta dengan seorang gadis, dia sanggup memanjatkan doa dan melangitkan nama gadis itu di sepertiga malamnya pada setiap hari.
Seorang lelaki yang bernama MUHAMMAD NAWFAL ini sedang didesak oleh ibu bapanya untuk berkahwin secepat mungkin supaya ibu bapanya tahu bahawa dia sudah mendapat kegembiraannya sendiri. Tetapi, malangnya, NAWFAL tetap berdegil dengan keputusan ibu bapanya itu. Alasannya cuma satu;
"Ibu, Nawfal dah ada seseorang yang Nawfal cintai. Nawfal sentiasa sebut namanya di sepertiga malam Nawfal. Nawfal cuma tunggu jawapan doa Nawfal dari Allah sahaja sekarang ini," - Muhammad Nawfal
Bila tak sengaja bertemu, Nawfal hanya mampu tundukkan pandangannya daripada melihat wajah gadis tersebut. Entah kenapa dia ada perasaan secara senyap kepada gadis itu.
"Saya, nak ajak awak ta'aruf. Maaf kalau tiba-tiba. Kalau tak sudi pun tak apa. Saya tak kisah." - Muhammad Nawfal
"Bagi saya sedikit masa, boleh?" - Nawal Humaira
Gadis yang bernama NAWAL HUMAIRA secara tidak sengaja diselubungi dengan perasaan peliknya.
"Tudung saya kadang-kadang tak labuh. Handsock dengan stoking pun sebelum keluar saya selalunya terlupa nak pakai. Makeup pun saya tak reti. Macam mana Encik boleh suka saya ni?" - Nawal Humaira
"Awak... Jawapan dari doa sepertiga malam saya. Jadi, saya tahu Allah hadirkan awak untuk saya. Dan, saya terima jawapan terbaik dari Allah untuk saya." - Muhammad Nawfal