Story cover for Suami Aku Chef?!! by AD_Kawaii
Suami Aku Chef?!!
  • WpView
    LECTURES 708
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Chapitres 4
  • WpView
    LECTURES 708
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Chapitres 4
En cours d'écriture, Publié initialement déc. 19, 2015
Farish Adrian bin Tan Sri Kamal, seorang chef yang serba tahu dan mahir dalam memasak. Dia dipertemukan dengan Farisha Armela binti Dato' Iskandar, seorang gadis tomboy yang benci memasak.

Mereka dikahwinkan oleh ibu bapa mereka. Dipertemukan dengan gadis tomboy membuatkan kepala Farish adrian pusing.

Hubungan yang terjalin antara mereka penuh pertelingkahan.
Tous Droits Réservés
Inscrivez-vous pour ajouter Suami Aku Chef?!! à votre bibliothèque et recevoir les mises à jour
ou
#452family
Directives de Contenu
Vous aimerez aussi
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka, écrit par Miss_penguinla
10 chapitres En cours d'écriture
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
MERINDU WAHYU TUHAN , écrit par azreenwardah9
59 chapitres Terminé
Salman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingkungan yang terbaik. Sebab itulah dia mula berputus asa dan mencari kebebasan di luar yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Puas semua nasihatkan dia, namun tidak dipeduli. Zuhair selaku abang iparnya takut Salman akan tersasar lebih jauh. Dia memaksa Salman untuk ke Maahad dan menjadi tenaga pengajar di sana. Berkali-kali Salman menolak pelawaan abang iparnya. Tapi bila Zuhair sudah mula menggunakan kuasa vetonya, Salman tidak mampu lagi menolak. Berkunjung ke Tautan Kasih atas pelawaan Ilham, Salman bertemu dengan seorang gadis. Aifa Amanda secara tak sengaja menjadikan dia mula jatuh cinta pandang pertama. Melihat ujian yang dilalui oleh Aifa menyebabkan dia rasa ingin berjuang bersama-sama gadis itu. Bila tersebarnya gambar Salman dan Aifa, memaksa dia untuk berkahwin pula. Namun kerana kasihnya pada gadis itu, dia terima juga. Asalkan dia dapat memiliki gadis itu walaupun jalannya ke arah perkahwinan tidak begitu indah seperti pasangan lain. Baru saja nak mengecapi bahagia, kehadiran bekas tunang Aifa, Tengku Khairul Razin membuat hidupnya huru-hara. Disebabkan itu juga nyawanya hampir melayang kerana kejadian yang tak pernah dia sangka. Dugaan demi dugaan dia cuba lalui dengan tenang walaupun mungkin menyebabkan rumahtangga yang dibinanya goyah. Salman tetap akan berjuang untuk orang yang dia sayang. Tidak akan sesekali Aifa Amanda jatuh ke tangan orang lain. Salman nekad biarpun nyawa menjadi galang gantinya.
𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️, écrit par AshyikinHelvins
26 chapitres Terminé
𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔𝓵𝓶𝓪𝓷 𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼𝓱×𝓢𝓱𝓪𝓻𝓲𝓯𝓪𝓱 𝓐𝓲𝓻𝓲𝓼𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱𝓪𝔂𝓵𝓪 Tengku Elman Farish, jutawan muda yang terkenal dengan kejayaannya di dunia korporat, memiliki sikap yang agak sengal di luar pejabat. Ketika sebuah insiden perlanggaran di pusat membeli-belah mempertemukannya dengan Sharifah Airish Mikhayla, dia tidak dapat menahan rasa tertariknya pada gadis ini. Berbeza dengan wanita-wanita yang pernah dia temui, Airish memiliki sifat kasar dan kejung yang membuatkan Elman terpesona. Airish, yang dibesarkan dalam kemewahan tetapi diajar untuk tidak sombong, adalah seorang gadis yang menutup aurat tetapi tidak mudah dilentur. Keadaan hidupnya yang penuh rahsia dan kisah hitam membuatkan dia menutup hati dan menolak segala bentuk kemesraan. Ketika Elman secara tidak sengaja menginap di rumahnya, suasana menjadi semakin tegang. Airish, yang tidak menginginkan kehadiran Elman, menghadapi situasi ini dengan kemarahan. "Semalam abang kau suruh aku tidur rumah kau sebab dah lewat sangat. Tak elok anak teruna balik lewat malam. Dah tepi aku nak minum menyemak aje kau ini"- Tengku Elman Farish Dalam dunia yang penuh dengan ketegangan dan pergeseran, adakah Elman akan berjaya menembusi tembok pertahanan Airish dan mendapatkan hati gadis yang tidak mudah ditakluk ini? Atau adakah pertemuan mereka akan berakhir dengan lebih banyak pertengkaran dan cabaran yang akan mengubah hidup mereka untuk selamanya? "I already told that you will always be mine"- Tengku Elman Farish
MI HOMBRE:LELAKI MILIK AMARA ALTHEA , écrit par mUFfinS_sy1vanie
31 chapitres En cours d'écriture
Noah Raffaello-seorang CEO muda yang berjaya, terkenal dengan sikap cool dan nonchalant-nya. Fokus utama dalam hidupnya hanyalah kerjaya, dan dia sering kelihatan tidak peduli dengan dunia peribadinya. Namun, kehidupan Noah berubah apabila dia bertemu dengan Amara Althea. Amara Althea - gadis kampung yang simple, tapi cekal. Hidup dalam suasana kampung yang damai, Amara bukan jenis yang suka berangan tinggi. Dia tak sambung belajar lepas habis sekolah sebab nak bantu ibu dia jual nasi lemak di tepi jalan. Bagi Amara, rezeki halal walaupun tak mewah, tetap cukup buat dia bahagia. Tapi hidup dia mula berubah bila satu pagi, seorang lelaki bersama kawan-kawanya muncul beli nasi lemak. Lelaki tu? Noah Raffaello - CEO muda yang datang ke kampung sebab urusan kerja. Amara tak tahu siapa Noah sebenarnya. Dia cuma anggap lelaki tu pelanggan biasa... tapi entah kenapa, pandangan pertama tu jadi titik mula kisah yang dia sendiri tak pernah jangka. Bila Amara ditawarkan kerja sebagai pembantu rumah di banglo . Dan masa tu, dia tak sedar... yang jalan hidup dia akan bersilang lagi dengan lelaki yang sama - dan dunia dia akan berubah selamanya Walaupun datang dari latar belakang yang berbeza, pertemuan mereka mencetuskan perasaan yang tidak pernah diduga oleh Noah. Amara yang lebih memikirkan tanggungjawabnya, tidak memberi perhatian pada perasaan Noah, namun kehadirannya dalam hidup Noah mula memberikan kesan yang mendalam. Kekuatan dan ketabahan Amara dalam menghadapinya, serta sifat rendah hatinya, membuka hati Noah kepada perasaan yang lebih dalam. BAHASA YANG AGAK KASAR JUGA DIGUNAKAN❗️
D'ROSE (COMPLETED), écrit par Reezsya
65 chapitres Terminé
Izz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irjad menjadikan Elys tidak bersemangat untuk mempertahankan hubungan mereka. Lebih mengecewakan gadis itu adalah dengan sikap kekasihnya yang tidak pernah berubah. Hubungan rapat antara dia dan bosnya, Tengku Farzeeq membuat Irjad salah faham. Namun, Tengku Farzeeq dapat mengetahui kekacauan yang berlaku dalam hubungan itu. "Aku bergurau je. Kekasih apa kalau tak pernah menghargai kewujudan kau." Kata Tengku Farzeeq senada. Kata-kata yag dilemparkan oleh Tengku Farzeeq menjadi tanda tanya kepada Elys. Siapah Tengku Farzeeq? Bagaimanakan dia mengetahui hubungan aku dengan Irjad? Mungkinkah Tengku Farzeeq mengenali Irjad? Semakin lama hatinya disakiti membuatkan dia menjadi seorang yang bertekad dan pendendam. Angan-angannya untuk menjadi salah seorang daripada mafia tercapai sewaktu dia membawa diri ke negara orang. Pertemuannya dengan seorang anak kecil dan jejaka yang bernama Iskandar mengubah dirinya serta hidupnya. "Perkenalkan ini Elys ahli baru kita. Dia juga akan menjadi ketua baru kita semua. Silakan Elys beri sediikit ucapan awak." Iskandar memanggil aku naik ke atas pentas. Perubahan yang berlaku terhadap Elys membuatkan ramai yang tidak percaya. Statusnya sebagai seorang ketua mafia menjadi rahsia daripada keluarga dan rakan kerjanya. Adakah rahsianya akan selamanya menjadi rahsia atau akan terbongkar jua akhirnya? Dan apakah balasan yang diterima oleh orang-orang yang menyakiti dirinya?
Lumière (OG), écrit par onlyblossom_
69 chapitres En cours d'écriture
Lyra Elowen Safiya, pemilik sebuah kafe kecil iaitu Lumière yang cozy dan penuh dengan aroma kopi serta kek buatan sendiri. Tak pernah sangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah "perkenalan" yang tak dijangka. Dia cuma kenal Sofea Althea, kawan serumah masa zaman universiti dulu. Sofea selalu bercerita tentang abangnya kepada Lyra. Lelaki yang langsung tak pernah muncul sepanjang kunjungan Lyra ke rumah keluarganya. Ezric Kael Amin merupakan seorang chef terkenal yang bekerja di Hotel Regalia Grand. Kael terkenal dengan sikapnya yang pendiam dan tegas. Dia juga lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan mencipta menu-menu baharu. Kael terlalu sibuk mengejar kesempurnaan dalam dunia kulinari hingga tak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sibuk mengurus dapur hotel lima bintang sambil memastikan reputasinya sebagai chef terus unggul. Dia jarang di rumah dan langsung tak ambil tahu tentang "kawan baik" Sofea yang sering menjadi perbualan keluarganya. Tapi bila Puan Hanisah mula menyuarakan niat untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan yang tak lain tak bukan ialah Lyra. Dia mula rasa hidupnya terganggu. Tanpa sedar, dua dunia yang selama ini terpisah mula bertemu. Rahsia, konflik dan perasaan yang perlahan-lahan tumbuh menjadikan kisah mereka bukan sekadar tentang makanan atau jodoh pilihan keluarga. Tetapi tentang mengenali diri sendiri dan mungkin juga cinta yang tak disangka.
Vous aimerez aussi
Slide 1 of 9
Blood Brother cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Kudakap Erat Cintamu cover
MERINDU WAHYU TUHAN  cover
𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️ cover
MI HOMBRE:LELAKI MILIK AMARA ALTHEA  cover
D'ROSE (COMPLETED) cover
Bukan Kisah Sempurna (ongoing) cover
Lumière (OG) cover

Blood Brother

16 chapitres Terminé

Farisha - Gadis yang dianggap garang, nakal tapi cerdik di sekolah. Semua orang kenal dia tapi sayang dia takde kawan rapat. Langsung. Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Tapi biar dia sahaja yang tahu. Dia berubah? Setelah hadir Faris. Faris - lelaki cool yang berlagak nerd. Tapi sebenarnya expert bab bab membaca hati orang. Faris pindah kerana satu rahsia. Dan Faris berubah? Tak, tapi Faris yang mengubah seseorang.