Farisya amanda setelah kehilangan kedua ibu bapanya, Dia mula belajar bersungguh sungguh berikutan amanah ibu bapanya sebelum meninggalkan dunia ini. Tragedi itu turut mengubah kehidupannya. Rayyan Irham meluahkan perasaan kepada Farisya Amanda namun ditolak secara baik. Selepas dua minggu lamaran tersebut ditolak, Rayyan Irham ditemui meninggal di ruang tamu rumahnya. Rayyan Irsyad pula, demi adik kembar kesayanganya Rayyan Irham, rela mencari Farisya Amanda demi membalas dendam lamanya. Farisya Amanda dan Rayyan Irsyad, mereka bersatu angkara dendam. Dendam yang akhirnya memakan diri sendiri. Di kala kesedihan yang melanda Farisya Amanda, semakin membara jiwa Rayyan Irsyad untuk terus menyeksa jiwa raga Farisya Amanda disebabkan segala tipu helah dan fitnahan yang dilemparkan oleh Nurul Qistina. Baca cerita ini untuk mengetahui lebih lanjut. **Tolong jangan plagiat cerita ini. Character, Nama tempat dan segalanya adalah dari hasil buah fikiran dua penulis iaitu Nor Adie