Nawwar hanyalah gadis biasa yang ceria. Hidupnya dikelilingi oleh keluarga yang bahagia. Dan tidak pernah gusar akan pandangan orang sekeliling terhadapnya setelah berlaku satu kejadian yang memalukan di sekolah asalkan dia bersama-sama keluarga tersayang. sebagai seorang gadis, sudah tentu ingin merasa bagaimana mencintai dan dicintai. Apabila kali pertama melafazkannya, hasratnya untuk merasa manisnya cinta tidak kesampaian. Dia ditolak mentah-mentah oleh jejaka pilihan hati. Walau apapun, hidup tetap perlu diteruskan. Dia yakin, lambat laun, akan ada putera raja siap dengan menunggang kuda akan menjemputnya juga. Tarmizi atau Ezzy menjadi bintang pujaan di sekolahnya. Ke mana sahaja lelaki itu pergi, pasti menarik perhatian. Dengan wajah persis model dan susuk tubuh ala seorang atlet sukan, memang mencairkan hati gadis-gadis yang melihat. Namun jauh dilubuk hati, dia kesunyian. Ada sepi yang menjalar di segenap urat nadi. Percaya dan mempercayai sukar untuknya.
9 parts