Story cover for Usang by nofatyra
Usang
  • WpView
    Reads 255
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 3
  • WpView
    Reads 255
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 3
Complete, First published Dec 30, 2015
Dalam hidup ni, kita terlalu mengejar benda yang kita tak nampak. Kita tak sedar ada sesuatu yang selalu mengejar kita juga. Dia diam dan semakin usang merentasi masa.

***

Kisah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yg diubahsuai dengan imaginasi.
All Rights Reserved
Sign up to add Usang to your library and receive updates
or
#432fiction
Content Guidelines
You may also like
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
You may also like
Slide 1 of 8
Aku Di Antara Dua dunia cover
Bunga Untuk Leftenan 2 (COMPLETED) cover
Setiaku Korbankan. cover
Bukan Untuk Aku cover
Stuck In Memories cover
Aku Dan Dia [2] cover
Dia Tetap Sempurna [PUBLISHED UNDER KARYA SENI] cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover

Aku Di Antara Dua dunia

17 parts Complete

Dia memiliki segalanya yang sering dianggap sebagai puncak kejayaan-kekayaan tanpa batas, kedudukan yang disanjung, dan kemewahan yang membuat ramai iri. Namun di balik dinding kaca dan cahaya lampu kota, hidupnya sebenarnya kosong. Tiada suara keluarga yang menanti, tiada pelukan yang tulus, tiada sesiapa yang benar-benar mengenalnya. Hari-harinya dipenuhi rutin yang sempurna di mata dunia, tetapi sunyi di dalam hati. Semuanya berubah apabila satu peristiwa yang tidak dirancang membawanya ke sebuah dunia yang asing-jauh dari gemerlapan dan keselesaan yang biasa dimilikinya. Dunia itu sederhana, serba kekurangan, namun hangat dengan senyuman, tawa, dan ikatan yang jujur. Di sanalah dia mula memahami makna kebersamaan, nilai pengorbanan, dan rasa dicintai tanpa syarat. Terperangkap di antara dua dunia yang bertentangan, dia harus memilih-kembali kepada kehidupan lamanya yang sempurna tetapi kosong, atau mempertaruhkan segalanya demi sebuah hidup yang mungkin sederhana, namun penuh makna. Dua dunia. Dan satu hati yang akhirnya berani mencari erti kebahagiaan sebenar.