Slyvia Anne seorang penari di sebuah kelab malam . Ramai yang mengenali dia dengan gelaran Syl . Namanya mulai melonjak saat dia mendapat tawaran untuk menjadi penari utama di sebuah kelab malam mewah iaitu Cafe's de Geneiroyal . Walaupun umurnya baru menginjak 20 tahun namun kematangannya membuat dia boleh menyara hidupnya sendiri di bandar besar ini . Tetapi Syl hanya mempunyai beberapa orang kawan di tempat kerjanya iaitu Lisa , Rose , Cynthia dan Laura . Hanya mereka yang paling rapat dengan Syl . Ramai penari-penari lain tidak suka dengan Syl kerana dianggap sombong , menunjuk-nunjuk dan bangga dengan kecantikan yang dimilikinya tetapi Syl ialah sebaliknya , Syl seorang yang baik , hormat kepada orang lain , suka membantu dan tidak pernah menipu kepada orang lain . Sebab itulah Syl disukai oleh bosnya yang bernama Alfred John seorang lelaki muda berumur lingkungan 30an . John berbadan sado dan tinggi boleh dikatakan persis mat salleh kerana John juga seorang kacukan Amerika .
Want to ask me questions? See my behind the scenes? Even see my upcoming story sneak peeks?
Here you can request for a chapter read request as well as critique. There's even something better-talking to me about anything you want!