hampir 7 bulan kau dan aku berpisah. masing masing membawa haluan sendiri. kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. tiada apa pun yang berbeza, tiada apa pun yang dihairan kan selepas 10 tahun kita bersama,akhirnya berpisah hanya kerana kesalah faham dengan apa yang aku kata dahulu. yang akhirnya menghacurkan sebuah cinta yang kita idam bersama.. bersama hingga ke akhir hayat. jauh kita tercampak di dua garisan hidup yang berbeza, kau tidak lagi merinduiku, menyayangi apantah lagi menghubungi aku meskipun tiap kali aku lihat seen what sapp mu sentiasa "online". tiada lagi gosip - gosip hangat yang sering kau ceritakan kepadaku,gelak mu, nakal mu.. tiada lagi di dengar di corong telinga ku.. kita semakin jauh, jauh tercampak di arena masing masing. kita jauh untuk meluah rasa rindu.. kita jauh untuk meluah rasa sayang.. apantah lagi jauh untuk meluah rasa cinta melalui jiwa dan raga kita. ya.. kita putuskan utnuk tidak lagi berkata dan menyatakan seperti dahulu kala. tidak.. dan ia akan tetap tidak. namun, jauh di sudut hati.. aku merinduimu, aku terlalu menyayangimu. segenap kenangan dan susah senang kita selama 10 tahun sentiasa menghambat aku. air mata tidak putus putus mengalir setiap kali menyelak kenangan yang ada. meski aku lelaki, aku tidak mampu menahan rasa rindu dan luah rasa kepada kau. hampir setiap saat namamu.. bergetar dan menyebut namamu tanpa rasa jemu. tanpa rasa penat malah tanpa rasa bersalah tiap kali aku teringat kepada kau. aku tahu. itu semua sia- sia. aku tahu itu semua hanyalah mengeringkan air liur yang sememangnya melimpah di mulut ku. tapi aku tidak jemu.. semakin jauh jasad aku kepada mu.. semakin galak aku sebut dan ingat padamu. meski waktu hilang dan pergi.. aku tetap di sini... tetap.. meski jauh.. aku ada di situ.. di ruang karma yang paling indah yang kita sama cipta untuk kebahagiaan hinggan hujung nyawa,