Selamat datang ke dunia khayalan. Aku cipta dunia ni untuk aku bergembira dengan dia, si kekasih hati. Pada hakikatnya di dunia yang nyata, aku bukanlah siapa siapa bagi dirinya, hanya kawan baik sahaja, tidak lebih dari itu. Sudah lali mencintai tetapi tidak dicintai. Tak sanggup hadapi realiti yang menghiris hati, ku tuliskan sebuah kisah khayalan untuk mengubat luka di hati. Aku dan dia saling mencintai. Tiada yang boleh pisahkan kami
kecuali mati. Aku bahagia dengan duniaku sendiri, tidak menggangu dia yang bahagia di alam realiti. Sehingga aku bertemu insan yang mampu menerima aku. Barulah aku melupakanmu dan memulakan hidup baru.