33 parts Ongoing Berabad lalu, sebuah nama dipadam dari dunia, Anastasia I, ratu pertama Luveia. Seorang pemerintah yang bangkit dari kematian melalui sihir terlarang, lalu mengheret benua ke dalam lautan darah dan api. Dunia mengingatinya dengan satu gelaran: Scarlet Conqueror.
Dia dihukum sebagai monster.
Dilenyapkan dari catatan rasmi.
Dan jiwanya dipisahkan agar dia tidak pernah bangkit semula.
Namun, satu fakta dilupakan oleh manusia bahawa sihir hitam tidak pernah benar-benar mati.
Kini, di era di mana manusia, vampire, dan makhluk lain berkongsi dunia dalam keseimbangan rapuh, cebisan jiwa itu kembali berdenyut. Tersembunyi jauh ke dalam tubuh seorang puteri manusia, Anastasia de Luveia, yang tidak pernah meminta takdir ini, dia terpaksa menghadapi peritnya darah kutukan.
Di sisinya berdiri seorang lelaki vampire berketurunan raja.
Lucas de Ampere. Waris kepada Lucifer.
Seorang yang dicipta untuk menjadi senjata namun memilih untuk mencintai puteri manusia.
Namun darah dan sejarah jarang tunduk pada pilihan.
Apabila masa lalu mula menuntut tempatnya, dan takdir lama mencari penyudah, satu persoalan mula menghantui dunia,
jika sejarah kembali bergerak,
siapakah yang akan menjadi korban kali ini?
dan...
siapakah yang akan menghayunkan tangan terakhir?
____________________________________________
Cursed Blood by parkdilaa
Genre : Fantasy, Romance, Adventure, Drama
Start : 31 Januari 2025
End :
#1 Wizard 15 April 2025
#1 Witch 18 April 2025
#4 Vampire 23 April 2025
#4 Adventure 23 Dis 2025
Sila tekan butang read di atas jika ingin mengetahui kelanjutan cerita ini💌