3 parts Ongoing Mahkota Arjuna.
Milik aku buat selamanya. Kekasih yang dipisahkan di antara dinding kaca tanpa dia menyedari kehadiran aku di sini. Mesin operator yang menghasilkan bunyi daripada degupan jantung, membuat aku tersedar akan sesuatu.
"Kami minta maaf puan, keadaan suami puan mungkin tidak akan pulih selagi dia belum sedar dari komanya."
Luluh hatinya mendengar berita buruk itu dari doktor.
"Jaga diri kekasih abang ni,"
Hidung aku dicium dengan senyuman manis tak lekang dari bibir. Tangannya pula turun ke perut lalu diusap lembut dengan ibu jari.
"Jaga anak kita baik-baik, abang sayang adinda-adinda abang ni.."
Dengan itu, tubuhku terus dipeluk erat bagaikan itu adalah hari terakhirnya. Tidaklah aku sangka, dakapan hangat itu merupakan dakapan terakhirnya buat aku.
Rindu?
Tak payah kata.
Sakit?
Apatah lagi.
Selepas satu per satu ujian yang ditimpa. Kisah perjalanan kehidupan seorang Wardiyah Adinda berubah seratus peratus menjadi gelap. Tiada suami di sisi. Dibenci dan dihalau oleh mertua sendiri. Menjadi seorang ibu tunggal. Mampukah dia bertahan?
Bagai pelangi yang menghiasi langit selepas turunnya air hujan. Mampukah dia merubah kisah hidupnya agar lebih bahagia?
Mahkota Arjuna.
Mampukah dia memiliki mahkotanya semula?