Anak haram? Anak luar nikah? Kotor? Hina? Semuanya sudah lali Hanan atau nama penuhnya, Nur Hanan dengar. Apa Salah dirinya? Dia hina sangat kah? kotor? Diperlakukan dengan kejam, sedari kecil oleh bapa saudaranya, tetapi dia masih punya ibu, ibu saudaranya yang bernama Midah. Dia juga masih ada Laili, Ansar... Dia bukan sekadar anak haram. Dia merupakan seorang kakak, biarpun kakak saudara, namun anak-anak ibunya sudah dianggap seperti adik-adik kandung. Namun... dia kehilangan. Dan kehilangan itu amat menyakitkan. Pesanan ibu berkumandang di fikiran dan hatinya... Hanya dengan pesan Ibu dia bangkit. Mujur ada manusia berhati mulia. Syukur dengan perlindungan dari-Nya. Semakin dia dewasa semakin banyak dugaannya. Namun ibu pesan... Dia harus kuat, tabah, kerana dia anak yang sulung, yang menjadi contoh. Adik-adiknya... dia harus... dia mesti... Kisah seorang anak luar nikah sedari usia 10 tahun. Liku-liku, bagi anak seperti ini.