Erick dan Zaf adalah rakan. Tetapi tidak seperti hidupan sebenar, Zaf ialah manusia android, yang hidup dalam rangkaian sistem berkomputer. Dan Zaf bebas dan boleh berfikir untuk dirinya sendiri seperti android-android yang lain. Dalam cerita ini, Erick bermain permainan yang dipanggil LS atau 'Life Sanctuary', yang diperkenalkan rakannya, Naila. Nowell (Teman Android (TA): Krein), Strike (TA: Leedey), Yvon (TA: Beagle) dan Naila (TA: Berry) semua bermain permainan itu dan membentuk sekumpulan rakan-rakan berteman. Dengan kata lain, mereka dan android mereka boleh membuat gabungan 'combo/gabung' ketika berlawan. LS memberi Erick peluang untuk bersemuka dengan Zaf dalam bentuk fizikal sebenar dalam permainan kerana permainan boleh memasukkan rakan android untuk bergabung serangan. Yang tidak diketahui oleh Erick dan Zaf ialah 'Life Sanctuary' tidak seperti mana-mana permainan fantasi tetapi permainan realistik di mana pemain akan berasa kerosakan sebenar kepada badan mereka. Tapi tidaklah menjejaskan tubuh badan mereka di dunia sebenar. Ini membuatkan Erick lebih berminat dengan permainan dan tidak sabar-sabar untuk memasuki permainan tersebut. Tidak lama selepas itu, Erick bertemu Naine dalam permainan dan jatuh cinta dengannya pada pandangan pertama. Sayangnya, dia tidak mengenali rupa sebenar di dunia sebenar. Naine pula sudah lama sukakan Erick semenjak zaman kanak-kanak mereka tetapi Erick tidak mengenalinya sebelum ini. Kemudian, mereka bertemu di luar permainan dan membuat Erick mengenalinya sekali lagi. Lihatlah pengembaraan Erick dan rakan-rakannya serta masalah Erick dalam menghadapi perasaannya dalam kehidupannya yang rumit. Terutamanya apabila LS terjejas dengan serangan Navi Net yang memadam watak pemain lain dalam LS dan menyebabkan pemain terpaksa membina watak baru dan juga tahap mereka kembali ke tahap 1. Apa yang akan Erick lakukan apabila dia mengetahui perkara sebenar di sebalik serangan Navi Net? Baca dan anda akan tahu XD
8 parts