AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU
  • LECTURAS 12,392
  • Votos 214
  • Partes 15
  • LECTURAS 12,392
  • Votos 214
  • Partes 15
Continúa, Has publicado feb 17, 2016
Dia Shark...lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis-gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina atau digelarnya Bunga. 

Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal  dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri. 

"Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina

"Kuasa tuhan tak siapa yang tahu Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan...belum bertunang pun lagi." - Shark 

Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark penasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan. 

Sayangnya ketika ikatan dengan Jeslina hampir dimeterai, kebenaran terbongkar. Kerana seorang gadis bernama Nadrah, kisah silam yang hitam menjadi pertaruhan disebabkan dendam. Ugutan demi ugutan yang diterima dari Redza membuatkan hatinya goyah dan mula hilang keyakinan.

"Well...the best man win. Sayangnya kau...dah kecundang!" - Redza 

"Kau ingat aku akan rahsiakan perkara ini dari Jes? Aku bukan lelaki macam kau. Berani buat tapi tak berani bertanggungjawab." - Shark 

"Dan kau ingat dengan berterus terang akan memulihkan keadaan? Tak Shark...kau hanya akan buat mereka benci dan jijik dengan kau." - Redza 

Mampukah Shark bertahan atau melepaskan demi melindungi insan tersayang? Dan bisakah kisah silam yang selama ini menghantui hidupnya berakhir dengan bahagia atau akan membuat jiwanya lebih  merana? Dan siapa pula Nadrah yang tiba-tiba muncul membawa bencana?
Todos los derechos reservados
Regístrate para añadir AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU a tu biblioteca y recibir actualizaciones
or
#293generalfiction
Pautas de Contenido
Quizás también te guste
Dicurangi Lagi de insankesepian10
85 Partes Continúa
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah tentulah dia terluka. Tetapi adakah dia akan bertangis duka, meratapi nasib diri? Sama sekali tidak! "You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Johan. Try to stop me now. I don't care." - Lyn "Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang!" - Johan "You nak rumah tangga ni jadi begini, kan? Let's enjoy the moment." - Lyn Wanita itu bukanlah lemah orangnya. Bukan wanita yang senang dipermainkan perasaannya. Maka, silap besarlah Johan cuba menduakannya. Sekali Johan cuba menduga kesabarannya, seratus kali dia akan membalas semula. Johan sempat alpa apabila merasa hidup terlalu selesa. Ada isteri yang cantik dan sayang kepadanya. Maka dia cuba menduga. Akibatnya, karakter pendendam Azlyn muncul semula membelah maruahnya sebagai suami. Pengkhianatannya ikatan perkahwinan mereka dibalas habis-habisan oleh Azlyn tanpa belas kasihan. "I dah tak tahu macam mana nak hidup dengan you selepas ini. Hati I dah tak macam dulu lagi, Johan." - Lyn Johan terduduk oleh dugaan apabila Azlyn nekad membawa anak-anak jauh darinya. Melihat kesedihan di mata anak-anaknya, dia sengsara. Berusaha keras untuk meraih maaf isterinya. Namun tidak semudah itu. Tempoh berharga untuk mereka belajar tentang banyak perkara. Baik Lyn mahupun Johan, sama-sama ada kelemahannya. Cerai tidak semesti menjadi jalan keluarnya. Sejauh mana Azlyn ikhlas untuk menerima Johan semula dan seikhlas mana penyesalan Johan? Kembali mengukir bahagia. Itulah impian mereka berdua setelah seketika mereka tersesat oleh kekhilafan. Siapa tahu setelah berarak mendung itu, bahagia milik mereka jauh lebih indah dari yang pernah ada dulu!
Quizás también te guste
Slide 1 of 10
Ada Madu Ada Racun cover
GHADI AQHAR: THE LIONS  cover
Dicurangi Lagi cover
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1• cover
Secebis Hati Yang Terluka cover
Ariq Aryan: The Unseen  [OG] cover
Fahim:Attractive Husband [C] cover
Enchanted [COMPLETED] cover
Aiman Ariths (SU) cover
BE MY BABY GIRL | C | TERBIT | A R S •3•  cover

Ada Madu Ada Racun

23 Partes Continúa

"Apa yang berlaku 27 tahun dulu I tak boleh cerita pada you. Kerana daddy dengan abah yang berhak untuk membuka cerita tu kalau mereka mahu macam tu." Cerita lama? Ya! Cerita lama itu yang menemukan mereka sampai ke alam perkahwinan yang tidak seindah perkahwinan yang lain. Cerita lama itu masih tergantung sehinggalah mereka diketemukan dan dikahwinkan oleh orang tua mereka. Semuanya kerana cerita lama itu. Bagi Nur Azlyn Isabel, dia reda menerima aturan ibu dan ayahnya kerana menyedari kuasa di tangannya amat terhad. Dengan budi yang tidak mampu dibalas, sudah tentulah dia tidak mampu untuk berkata tidak. Namun, hidup tidak semudah yang dibayang. Kebencian suami dan tohmahan lelaki itu kepadanya benar-benar menguji diri. Puas dia bersabar, namun kesabarannya tiada harga. Ahmad Rafael Johan tegar sekali membaja ego di hati. Apa yang dia tahu dia takkan berhenti selagi dia tidak puas menyakitkan hati wanita itu. Baginya wanita bermata duitan seperti itu terlalu hina di matanya. Namun Johan terlupa. What goes around, comes around! Tegakah dia dibenci oleh isterinya itu? Sepertimana dia pernah membenci wanita itu? Apakah penghabisan kisah mereka? Apa pula cerita lama itu?