Adrith Carish, seorang pelajar yang berpindah ke sebuah sekolah swasta yang terkemuka meneruskan perjuangannya untuk mencapai cita-citanya. Dia telah berpindah ke sebuah sekolah swasta yang dibangunkan oleh yayasan milik keluarganya. Pada awalnya dia gembira kerana dapat berpindah ke sana. Namun, tak lama kemudian kegembiraannya berubah menjadi sebuah kesengsaraan apabila dia terpaksa menduduki sebuah ujian dan bermain sebuah permainan misteri. Oleh kerana dia merasa ujian dan permainan itu tidak layak dibuat untuk para pelajar, dia memutuskan untuk menghapuskan sistem ujian dan permainan. Namun, satu persatu masalah muncul apabila dia memulakan misinya. Adrith juga harus berhadapan dengan realiti yang tidak pernah disangka olehnya. Berjayakah Adrith bertahan di sekolah itu dan berjayakah Adrith menghapuskan sistem ujian dan permainan itu?
More details