Permainan truth or dare telah menemukan Izzah Qhaireena dan Harraz Fayyadh. Kecomelan wajah Harraz telah menjentik hati Izzah untuk mengenali lelaki itu tanpa menghiraukan perwatakan Harraz yang lemah gemalai. Sejak itu Izzzah mula terkejar-kejarkan Harraz namun lelaki itu langsung tak mahu melayannya. Dan dia langsung tak peduli apabila dirinya dilabel perigi cari timba. Adakah cinta Cik Perigi akan di sambut oleh Encik Timba? ~Pedulikan apa orang nak kata. Butakan mata, tulikan telinga.~