7 parts Ongoing Liam dan Hazel dipertemukan dalam keadaan yang sederhana, namun perasaan yang tumbuh antara mereka tidak pernah sederhana. Cinta itu lahir daripada kejujuran dan saling memahami, tetapi terhalang oleh satu perkara yang tidak mampu mereka ubah izin. Perbezaan agama, janji keluarga, dan kepercayaan yang dipegang teguh menjadikan hubungan mereka sebuah perjuangan yang sunyi.
Di sisi mereka, Michael dan Claire menjadi saksi setia kepada cinta yang semakin diuji oleh masa. Nasihat, rahsia, dan pengorbanan saling bersilang, namun setiap pilihan yang dibuat tetap menuntut kehilangan. Liam terperangkap antara tanggungjawab terhadap keluarga dan suara hatinya, manakala Hazel memilih jalan reda walaupun jiwanya hancur perlahan-lahan.
Apabila takdir memisahkan mereka, cinta itu tidak mati ia hanya berubah menjadi doa yang dipendam, kenangan yang menyakitkan, dan pengorbanan yang tidak pernah diminta. Masa berlalu, namun luka tetap ada, mengajar mereka bahawa tidak semua cinta ditakdirkan untuk bersatu, walaupun ia tulus dan benar.
Cinta yang Tak Diizinkan ialah kisah tentang cinta yang terpaksa mengalah, tentang pilihan yang benar tetapi menyakitkan, dan tentang hati yang belajar menerima bahawa kadangkala, bahagia bukanlah memiliki-tetapi merelakan.