Adam Benjamin, seorang pelajar popular yang berwajah campuran Australia-Filipina itu sering mendapat perhatian pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya. Namun bagaimana dia boleh jatuh cinta sehingga menyebabkan persahabatannya dengan Haikal Ariffin mulai goyah? Haikal Ariffin, dia tahu bahawa dakwah secara kasar dan sentap kadang kala tidak dapat diterima oleh orang seperti Adam Benjamin yang cetek ilmu agamanya. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir Haikal Ariffin menunjukkan betapa tabahnya dia menghadapi seorang Adam Benjamin yang keras kepala. Bagaimana akhirnya aku jatuh cinta... Merungkai antara cinta Tuhan dengan cinta manusia, yang manakah lebih utama?All Rights Reserved