Menjadi seorang pembantu peribadi atau lebih senang digelar sebagai P.A bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula kalau majikannya seorang yang banyak kerenah dan memeningkan kepala. Tapi bagi Seungcheol, nak tak nak dia terpaksa juga untuk hadapi cabaran ini. Demi menyara diri dan adik-adiknya di rumah, dia terpaksa menabahkan hati, mencekalkan jiwa dan menguatkan minda untuk menjadi P.A kepada seorang gadis manja dan banyak songeh macam Lee Yoora. "Seungcheol, ikatkan tali kasut aku !" "Aik? Tali kasut sendiri pun Cik tak reti nak ikat?" "Ikat je la ! Kau nak ke aku suruh daddy aku pecat kau?" "Hish !" Seungcheol pun tak pasti kenapa Yoora memerlukan seorang pembantu peribadi. Memang semua anak orang kaya perlukan pembantu peribadi ke? Atau cuma Yoora saja yang terlebih manja sampai perlukan seseorang untuk buat itu dan ini? Yang pasti, Seungcheol bencikan Yoora. Kerana apa? Kerana dia seorang yang bodoh sombong. apakah yang akan terjadi kepada yoora dan seungcheol?