Dia bukan sekadar misi, tetapi amanah yang harus dipikul. Empat jiwa menjejak Edelweiss apabila dendam dan maut menjadi sabahat. Pabila cinta, misi dan amanah, dendam saling bertautan, empat jiwa harus memilih jalan yang sukar. Pabila kemewahan dan kebebasan dijadikan cagaran, empat jiwa harus tegar menetapkan jejak. Novelet pendek ini terkandung dalam Antologi Aksi Bunuhan terbitan Alaf21 (2016). Cerita ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Kucupan Edelweiss, Ops Doppleganger dan Skuad Jejak Hantu. Dalam versi Wattpad ini, saya hanya memaparkan sebahagian babak dalam setiap bahagian. Sekiranya anda berminat untuk membaca keseluruhan cerita, boleh beli novel Antologi Aksi Bunuhan ini sama ada di kedai-kedai buku atau daripada saya sendiri. PM inbox saya di Facebook :D
12 parts