𝟮𝟰/𝟳 𝗬𝗢𝗨
"Aylin tak nak Sai sedih... Aylin janji Aylin akan selalu ada untuk Sai."
Janji itu lahir dari seorang gadis kecil berusia sepuluh tahun. Yang belum mengerti bahawa kata-kata boleh menjadi ikatan paling kuat dan paling berbahaya.
Bagi Aylin, itu hanya janji kosong zaman kanak-kanak.
Namun bagi Sai, itu adalah segalanya.
Dia membesar dengan satu kepercayaan, bahawa Aylin adalah miliknya. Satu-satunya yang tidak akan meninggalkannya. Satu-satunya yang harus sentiasa ada.
"Aku cintakan kau, Aylin. Dari dulu... dan aku takkan biarkan sesiapa ambil kau dari aku."
Obsesi Sai perlahan-lahan mula menakutkan Aylin. Dan sebelum dia sempat mencari jawapan untuk isi hatinya sendiri, Sai tiba-tiba menghilang tanpa sepatah kata.
Lapan tahun kemudian, lelaki itu muncul semula. Kelihatan lebih dewasa, lebih tenang, dan lebih matang daripada yang pernah Aylin bayangkan. Dia ingin percaya bahawa Sai telah berubah. Ternyata, dia silap.
Cinta Sai tidak pernah berubah.