22 parts Complete Mature[NOEL HELDER X ROSABEL CATHERINE X SAFARA EMELDA] - Spin Off Sesat.
Bertemu tanpa dipinta, kembali sebelum terlerai.
Bersatu kita tidak. Saling memerlukan itu ada.
Roh yang sama munculkan dirinya kembali. Ibarat beri petanda bahawa dia mahu lontar sesuatu. Sama ada baik atau buruk, semua insan tak tahu. Menuntut semula haknya atau melepaskan apa yang tak lepas.
"You tak akan datang kalau I tak ada masalah." - Noel.
Di situ jawapannya diraih. Rosabel muncul setelah sekian lama diam. Kehadirannya yang tak sempurna lagi menimbulkan tanda tanya.
"You suami I! Kenapa you kena curang selepas kita disatukan?!" -Safara
Cuba kata, siapa yang tak sakit andai insan kesayangan masih belum lupa cinta pertama.
"Bila kita disatukan? Di waktu mana yang you ingat kita kahwin?" -Noel
Tanda tanya semakin melebar. Usai satu, satu masalah mendatang. Mahu ke kiri seperti jatuh ke dalam gaung, mahu ke kanan didatangi binatang buas.
Kalau Noel bukan suami Safara, kenapa dirinya disimpan tanpa alasan?
Andai status bukan pasangan kekasih yang digendong, bila pula wujud kisah 'kita' di dalam diri mereka?
Dan andai ini semua dusta, kenapa masih bertahan demi yang tak pasti?
Mula; 19/01/2025
Tamat ; 22 /01/2025