Kenapa Aku Kena Buang Sekolah

Kenapa Aku Kena Buang Sekolah

  • WpView
    Reads 10,484
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadComplete Wed, Mar 30, 2016
WpInfo
Fiction
Romance
Aku dah nak masuk umur 42 tahun. Lebih dua dekad dulu aku pernah menghancurkan hati emak aku. Aku dibuang sekolah. Aku tak pernah menyesal walau sehari pun dengan apa yang aku buat. Aku anggap itu semua pengalaman bersekolah. Masa masih budak, walaupun umur 16 tahun dah patut dianggap dewasa, setiap tindakan yang dilakukan tidak memerlukan pemikiran yang panjang. Kalau ia menyeronokkan kau akan lakukan. Jadi, ini adalah perbuatan yang aku anggap seronok pada masa itu tetapi ia adalah semacam satu pengalaman yang apabila orang tanya aku apakah perbuatan paling jahat yang pernah aku lakukan ia termasuk di dalam Top 5 di dalam kehidupan aku selama 42 tahun aku hidup di dunia ini. Oleh kerana aku tidak mahu memalukan kawan-kawan aku yang dibuang bersama aku, nama mereka dan nama sekolah tu aku tak sebut. Anggaplah aku buat kes ni seorang diri. Ini sejarah hitam aku, bukan sejarah hitam diorang. Walaupun penulis yang menulis daripada hati dikatakan membuat musuh dengan kawan-kawan, aku bukan penulis sejati. Aku penulis diari kehidupan aku, bukan penulis ikhlas.
All Rights Reserved
#306
asrama
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • BERUBAH
  • AKU BUKAN PERAWAN | Cik Bunga Seri
  • TETAMU [C]
  • [DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?
  • 𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒
  • Fickler
  • 20. KHAIRY ZAFEEL [C]
  • PERENTAS WAKTU 2 √
  • KISAH MISTERI HANTU ASRAMA
BERUBAH

Am menatap langit dari tingkap kelasnya. Awan putih berarak perlahan, seolah-olah tiada beban di dunia ini. Betapa dia berharap dapat merasa begitu-ringan, bebas, dan tanpa rasa sakit. Dahulu, dia seorang pelajar yang cemerlang. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, namanya pasti di atas. Dia pernah menikmati perasaan itu-dipuji oleh guru, dikagumi oleh rakan-rakan, dan paling penting, membuat ibu bapanya bangga. Namun, semuanya berubah dalam sekelip mata. Setahun yang lalu, ketika dia masih berusia 14 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hari itu sepatutnya menjadi hari yang biasa. Mereka baru sahaja pulang dari menghadiri kenduri keluarga di kampung. Am masih ingat suara gelak tawa adiknya di tempat duduk belakang, bau minyak wangi ibunya, dan suara ayahnya yang perlahan-lahan bersenandung lagu lama. Kemudian, semuanya menjadi gelap. Am hanya mengingati bunyi dentuman kuat, tubuhnya terhempas ke sisi, dan kesakitan yang mencengkam seluruh tubuh. Ketika dia membuka mata, dunia sudah berbeza. Ambulans. Lampu merah yang menyilaukan. Jeritan. Tangisan. Dan akhirnya, berita yang membuatnya tidak mahu hidup lagi. Ibu, ayah, dan adik-beradiknya semuanya pergi. Tinggal dia seorang diri. Sejak itu, Dia berhenti peduli tentang sekolah, tentang hidup. Buku-buku yang pernah menjadi temannya kini berselerak di meja belajar tanpa disentuh. Guru-guru yang dahulunya menyayanginya kini hanya mampu menggeleng kepala melihat sikapnya. Rakan-rakan menjauh, takut dengan perubahan dirinya yang semakin kasar dan dingin. Hari-harinya di sekolah menjadi beban. Setiap kali loceng berbunyi, dia hanya duduk diam, memandang ke luar tingkap, menunggu masa berlalu. Tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dia jangka. Seseorang yang masih peduli pada dirinya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines